Friday, 6 April 2018

Untuk mnd

Mnd
Im sorry baby
I miss you baby
I love you baby
I need you baby
Not for a while
But in my whole life

Simbahan air memarakkan api


Kalau betul sayang takkan marah berhari-hari
Kalau sayang takkan dibiarkan tanpa kata putus
Kalau sayang takkan diucap kata malas
Kalau sayang takkan diucap kata penat atau lelah
Kalau sayang takkan pernah lupa walau sesaat

Bukan dipinta berjalan seiring sentiasa
Bercinta hingga lupa pada dunia
Bersama hingga kawan tiada

Maafkan aku.
Maafkan aku.
Aku tak sekuat mereka. Sanggup menahan rasa. Sanggup menunggu tanpa kata.

Perjalanan hidup ini sungguh tidak seperti yang dijangkakan.

Kalau betul simbahan air itu memarakkan lagi api. Tidaklah aku terus mengganggumu. Kalau benar diam itu caranya. Baik. Aku terima.

Aku harap kau baca. Dan kau maafkan aku.


Friday, 28 July 2017

Perap otak

Belajar ni bukan takat usia muda je anak oi.
Dah tua-tua pon belajar tu perlu.
Cer tengok celah mana yang ilmu tu tak dak. Tak lekat. P la pahat anak oi. Ini dok perap otak tu buat apa? Kalau buat jeruk ni mesti rasanya kelat! Haiihhh..

Saturday, 13 May 2017

Praktikal ohh praktikal

Aii nama pun praktikal kan.
Tak usahlah mengeluh.
Ini la masanya untuk lihat apa yang kau milik.
Setelah itu baru dapat lihat hasilnya.
Haa berjaya atau tidak. "Its okay" janji usaha. Janji kau buat sedaya upaya.
Haa jangan pulak tak mampu buat lalu tinggalkan semuanya.
Woiii langsung tak berbaloii oiii..

Belajar teori sudah praktik pon sudah. Ni lepas ni macam mana ni?,
Nak jadi apa ni?
Angan-angannya banyak sangat la pulak. Kalah mat jenin. Hahaha
Takpe takpe yang penting sekarang apply lu keje. Dapat tak dapat blakang cerita. Betul ke betul?

#takkeje
#mereputbawahkatillajawabnya

Pelangi Indah

Rasa.
Sejauh mana rasa ini?
Biar ia tersimpan di sini.
Dimana?
In my heart la. Takan di jantungmu pulak. Haha

Biar perlahan janji hasilnya ada.
Sungguh rasa itu semakin kuat.
Rasa apa?
Biarlah rahsia. Hehe

Semua yang kita ada miliknya.
Dia nak bagi. Dia nak ambil. Itu hak dia.
Kalau nak minta. Kalau tak nak diam saje.
Kita cuma perlu usaha dan berdoa.
Semoga kali ini bukan sia-sia.

Doa yang sudah bertahun lamanya.
Kini sudah nampak hasilnya.
Hasilnya apa?
Kenapa baru sekarang?
Lamanyaaa. "Takpelah"
Shhhh jeng jeng jeng
Bagaimana?
Itu aku tak tahu.
Yang aku tahu dia nak bagi. Suka hati dia la.

Sungguh. Tak lama lagi muncul la pelangi indah yang diimpikan. Dari mana pelanginya??? Dari mata turun ke hati laa... haha. Laaa Bila kelopak air bertemu kelopak air dan terdapat cahaya yang memantul padanya laaa belalang oiii. Wahhhh jeng jeng krenggg. Tu tuu pelangii woiii pelangii.. Hehe

Monday, 18 April 2016

Salah siapakah ini?

Aku banyak kerja perlu diselesaikan. Tapi aku masih duduk. Aku cukup bosan. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Langsung aku rasa ngantuk dan aku beransur-ansur mengensot lalu aku tersadai di atas tilam. Jadi. Salah siapakah ini?
Melengah-lengah. Membuat aku lemah. Jadi, apakah yang seterusnya harus aku lakukan? Adakah aku harus terus membiarkan diriku tersadai diatas tilam  lena dibuai mimpi atau masih duduk mengenang nasib sehari-hari, atau apakah yang seterusnya yang harus aku lakukan? #mengujidirilama2sesalmenganistakgunalagi

Wednesday, 13 April 2016

Bertemu dan berpisah

Cuma satu pilihan. Berjumpa atau berpisah. Allah itu adil. Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan setiap prtemuan dia adakan dengan perpisahan.

Cukup sempurna

Kerana dia kita ketemu, kerana dia kita terpisah dan.. kerana dia juga kita disini.. kita berjumpa kembali..

Aku suka kau.
Aku sayang kau.
Kerana apa?
Kerana allah.

#Simerah

Saturday, 5 March 2016

Hati semut

Semut sedih. Because it's an ant. For the same reason it can not be stated intention. Because he realized he was small. In fact, he realized there would not be anyone who will listen.  Complaints heart ants.  Human cruel. Walking eyes shut. I'm his feet. He said "sorry, not intentionally." "That's why my eyes were blinded by the liver to forget." The ants (monologue). But however I still forgive and let him go. human. Just know questioning. But do not ask. People only know but do not expect it earns. Why? Why? Haaa. Recently I told a human like questioning. So ..! see one? seem to not ?? Manusia oh manusia. If you want to say to be, if not do not question that there is a waiting. Fortunately I have an ant. But I'm small and nobody can hear me. But I was born with a heart of "sado". In fact, I diligently. I also forgiving. I love people. I'm always in remembrance of him. Although i know dia tidak nampak aku serta akan memijak aku bila-bila masa saja. Manusia ini langsung tidak berhati-hati. Bagaimanapun, terima kasih aku ucapkan kepada manudia. Kerana ada satu hal yang aku suka tentang mereka. manusia ini pembazir. Jadi, aku bolehlah aku berkongsi makanan dengan mereka. Alhamdu lillah, I am grateful to live with humans. Each is created for a reason. Allah is omniscient. He is the best of planners even the best executive :-')

Keinginan yang memaksa manusia

Kadang-kadang apa yang kita minta dan apa yang kita dapat jauh berbeza. Ye. Betul. Kita tidak patut mengharapkan apa yang kita beri kita dapat semula. Tapi inilah realiti hidup didunia. Sebab apa? sebab kita manusia.
Kadang-kadang kita jauh tertinggal ke belakang. Sebab apa? sebab kita manusia.
Kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat sudah cukup. Tetapi mereka tetap tidak suka. Sebab apa? sebab kita manusia.
Kadang-kadang ada saja yang tidak kena. Buat itu salah, buat ini salah, tak buat apa-apa pun salah. Sebab apa? sebab kita manusia.

Manusia. Namapun manusia. Manusia ini mudah alpa. Manusia ini hanya mencari harta dunia. Manusia ini diperbuat dengan sempurna. Lihat wajahnya, lihat kulitnya, lihat pads matanya, lihat susuk tubuhnya. Dia menyempurnakan manusia. Tapi manusia. Bersyukurkah manusia??

#dahbaca?
#jawablahsendiri..!

Tuesday, 8 December 2015

you !

Subconsciously, women easily fall in love with a man whom they've met while experiencing a dangerous event or situation".

Sunday, 15 November 2015

macam tak percaya je

Tinggal berapa minggu je lagi......?? ada berapa jam lagi?? mungkinkah hari-hari itu akan ada untuk kami?? aku sudah mulai rasa sebak.. aku mula merasa.. merasa takut.. takut untuk kehilangan.. adakah ini yang terakhir? adakah tiada lagi pertemuan buat kita?? arrgghhh... ini tak mungkin.. tak mungkin.. :( betapa sedihnya hati ini.. (keluhan hati siapa yang tahu).. #setahunyanglalu

Dalam perhubungan ni jangan pernah meminta perpisahan.. :-) #bewaredengansetiapbarisayatmu #noteddiri :-) #sekaliakusukaselamanyakusuka #tapisekaliakubencibelumtentumasihadahatilagi :) 

Perjalanan hidup memang begini, setiap orang pasti lalui :-)

Tuesday, 20 October 2015

Nampak mudah

Belahan jiwa
Ia tidak mudah
Tampak saja seperti tiada apa
Namun kenyataannya..

Sakitnya tuh di sini! Dihatiku!





Friday, 16 October 2015

sang rama

That day, sang rama-rama sangat sedih.. sang rama-rama juga sangat memerlukan sesuatu untuk dihinggap, untuk ia mengadu damba nasibnya.. tapi.. tiada siapa pun yang peduli..
"Tapi tidaklah mengapa" kata sang rama-rama.. "walau ketika aku sedih tiada siapa peduli namun ia bukan satu masalah..
Allah itu maha adil.. dalam dia membuat kita bersedih dia tetap buat sesuatu sehingga kita juga dapat merasai kegembiraan".. Dia yang maha penyayang lagi maha pengasih.. Tuhan sekelian alam..

Ketika asyik sang rama-rama.....
#bersambungdilainhari

Puncak jaya

Dari terbit sang suria hingga terbenam fajar.. terngiang-ngiang suaramu.. terbayang-bayang riak wajahmu.. tampak kau girang sekali.. terpancar sinar di wajahmu.. bahagianya.. :)
Alhamdu lillah.. hari konvokesyen awak dah hampir tiba (26/10/15) yeeyyyy seronoknya..
You did it sayang.. :) good job :*
Semoga apa yang awak impikan, apa yang awak inginkan menjadi satu kenyataan.. semoga awak sentiada dalam lindungan dan keberkatan-Nya.. aamiin..
Haa.. awak kat sana tu.. apa? Sengih-sengih tu dah kenapa.. dah dah shhhh shh malam dah hari ni.. Tido ! Tido ! 
#selamatmalamrindu

HEAR ME !

Hey ! hey ! 

LOOK THERE.. sana.. sana.. tu.. kat belah sana tu..

itu bukan bayang-bayang awak ke? kenapa ia pergi? ia pergi tinggalkan awak tu.. haa?? kenapa awak biarkan ia pergi? kenapa awak tak kejar? :'( 

why? why?

hey.. boleh tak kalau jangan macam-macam ! jangan mengada-mengada !! biarlah ia pergi.. ia pergi bukan beerti ia tidak kembali..

Don’t depend too much on anyone in this world .. !!

because 

even your own shadow leaves you when you are in darkness.

Nampak tak?
sekarang nampak tak?
hey.. guna mata tu.. cer tengok.. cer perhati.. ada tak bayang-bayang kat tempat duduk awak sekarang?
hey.. ini pun nak kena ajar ke (sambil menggeleng-geleng kepala)


Terkadang tu kita juga perlu guna apa kita ada "selain bayang-bayang".. jangan dok harap kat bayang-bayang je.. dok tunggu tunggu sampai berjanggut la wey.. misalya, hari tersebut matahari tak timbul.. jadi? mana nak dapatnya jumpa bayang-bayang? jangan harap la.. tolong belajar untuk berdikari.. bergantung harap ni hanya menyusahkan diri sendiri.. yang payahnya bila awak sendiri yang tak nak buat.. tu yang payah tu.. ada faham??

Please.. i beg you.. help yourself..!


Saturday, 8 August 2015

Tidak pernah puas

Memang begitu sikap manusia
tidak puas dengan apa yang ada
seolah harta dunia boleh bawa ke sana (alam kubur/akhirat)
kita terlupa!
kita terlupa harta yang hendak dibawa ialah amalan kita..
apa? 
apakah amalan kita? amalan harian kita.. 
apakah ia?
adakah baik atau baik atau tetap baik?
pilihan di tangan kita..

tidak pernah puas..
dimana?
dimana letaknya sebuah keinsafan!
jika ada..
jangan hanya lebih pada bibir saja
kerana..
dijemput pulang itu pasti
seperti janji matahari untuk terbit esok hari..

selagi nyawa dikandung badan
hargai dan penuhi dengan keberkatan
insha allah tenang kita nanti
Allah itu maha mengetahui..
kepada-Nya kita meminta kepada-Nya kita memohon
Segala-galanya dengan izin-Nya

Friday, 10 July 2015

Baca betul-betul

Jangan difitnah jangan dicerca
Lontaran tohmahan kita iya kan saja..
bukan kerna lemah tak terdaya..
Tapi kerna menjaga akhlak supaya lebih mulia..
Terlajak perahu boleh diundur..
terlajak kata badan binasa..
Jangan diucap perkataan bersama kita berjuang demi bangsa agama dan negara
jika hidup dijajah dengan hati yang leka..
Didunia tiada yang hakiki..
Ilmu yg ada bukan utk dinanti
Tidak salah jika di cari
Tidak salah jika digali
Tpi jgn smpai disalah erti
Ingatlah..
Ilmu tanpa guru pincanglah diri

Thursday, 2 July 2015

Kaya dunia atau kaya akhirat ??

Islam itu indah
Islam itu mudah
Pesan my baba "ilmu agama lebih penting dari harta duniawi"
jangan sampai kita dilaknat allah hanya kerana harta dunia..
#Noted
harta duniawi perlu dicari,, begitu juga harta diakhirat nanti..!

Mana ada sesuatu tu datang sendiri macam 'durian runtuh'..
melainkan allah nak bagi.. yes..! Apa lagi..!! sambutlah.. jangan pula elak kanan kiri..
Nak buat sesuatu pandang-pandanglah.. jangan sampai memakan diri..
Allah tahu semuanya.. dari apa yg kita plan.. dari apa yang kita fahami.. dari apa yang kita nak buat sebentar lagi.. dari hati kita yang sebenarnya tak tahu nak buat apa dan tak tidur lagi..
Dan.. semua itu DIA telah rancang untuk kita.. ALLAHHU.. !!

DIA rancang, kita pilih tapi semua tu atas kuasanya atas hendaknya..

Omong kosong

Bila hati tak senang
Bila hati merasa resah
Bila hati merasa gundah
Bila ada saja yang mengganggu fikiran..

Entah mengapa..

Mungkin salah diri ini.. mungkin salah kau juga!
Tidakku cari.. tapi datang sendiri..
sudah dipelihara.. sudah dijaga.. namun tetap pergi juga..

Menggigil tubuh ini seperti diatas kubu ais.. menggigil kesejukan.. menangis tak tertahan.. ia pergi lagi..
Mungkin sudah suratan takdir..

Mudah bagimu, mudah juga bagiku..
Hanya satu pesanku.. jangan pernah lagi hampiri aku dengan janji manismu..
Kerana janjimu hanya manis dimulut.. bicara kamu itu hanya omong-omong kosong aja.. bagiku.. kamu tiada makna.. seperti kelip2 yang sibuk memberi cahaya tetapi diri sendiri tidak terjaga..

#mogaallahmasihbukahatiini

#coretan bribip : Sekadar omong kosong.. lalalala





Friday, 30 January 2015

ia hanya perasaan

Perasaan..
mengapa perasaan itu perlu wujud
apa motif "perasaan" ni
mengapa perlu sehingga bercucuran air mata..
berkali kali
sakitnya tuh disini!
(walau engkau tak pernah tahu)
cinta tak pernah meminta
tapi memberi seikhas hati..
tapi ia juga hanya perasaan.. biarkan ia pergi dibawa arus