Friday, 26 April 2013

Aku sedar



Dah mula dah.. mati la ni~~ hahaha

selalu terbayang senyummu(gila dah aku ni).. hahaha
Ia seperti mimpi mimpi yang aku ketemu semula en mimpi ku..
aku slalu curi lihat..
matamu (betul ke?)..
Dimana kamu.. dimana kamu.. aku rindu kamu!!
tolong! jawablah cinta

Monday, 15 April 2013

Dalam diam aku mencintaimu



janganlah engkau sia-siakankan harapan dan impianku..
aku tak tahu..
mengapa aku rindu..
ingin ku curah tatapi rasa malu..
cubalah engkau mengerti isi hatiku..
di dlm diam aku mencintaimu.

sesungguhnyaku telah jatuh cinta....
uh indahnya bila bersamamu..
moga engkau dpt terima..
cintaku dgn ikhlasnya..
Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.

Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.


1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.

3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.

4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.

5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini. 

Sepi tanpa khabar

Hati ini.. 
entah mengapa..
Terlalu memikirkanimu..
Hati ini.. 
ianya sakit bila terfikir akan dirimu.. 
Hati ini.. terlalu risau..
Risau karna kita berjauh.. 
Hati ini
rasa tak keruan bila kau diam..

Aku sebut namamu selalu
teringat tiap waktu..
terukir senyum karna dirimu..

En cinta
hadirlah dalam anganku..
menjelmalah dikau dalam mimpiku..
agar.. terubat rasa rindu..
#i just miss u en cinta

Tuesday, 26 March 2013

Kau maha pengasih lagi maha penyayang



Aku ketagih melakukan dosa.. Setelah aku melakukannya.. Aku sedih, kemudian aku mohon Allah ampun kan aku, kemudian aku buat kembali, aku rasa nak pecahkan kepala aku. Tapi kalau aku hentak kasi hancur kepala aku, apa dosa aku akan terhapus? Hidup meneruskan dosa, mati pon membawa dosa... Ya Allah, hilangkan lah rasa jahil dan kejam pada diriku ya Allah, aku telah bertindak kejam pada diriku, Aku menzalimi kehidupan aku di dunia ini Ya Allah.. Deritanya aku! ampunkan aku ya allah.. kau yg maha pengasih lagi maha penyayang..