Saturday, 29 June 2013

EH? MASIH PAGI LAGI LE?? HAHA

 
#woii kalau macam ni la sarapan pagi,, alamatnya kenyang tak sampai seminit haha

minggu ni hari-hari aku update blog.. bukan apa.. asyik dgn assignment aje pg ptg siang mlm.. mula dah rasa mual2 ni.. haha.. (cuba releasekan otak dari memikirkan sesuatu,, nampaknya aku cuba lari dari sesuatu.. mm bukan lari tapi cuba untuk senyapkan diri buat seketika waktu) jd tgn aku dan otak aku mula gatal nk story mory haha.. tik tok tik tok.. woi dah jam brapa ni?? mndi2..!!!!! haha.. uh rupanya aku belum mandi lagi.. hahaha
(penulisan aku dalam bahasa pasar.. maafkan la ye hehe)

C.I.N.T.A

Teringat zaman sekolah dulu.. dr tadika sampai lah ke sekolah rendah (dato' keramat 2) pastu menengah (sek men pdg tembak) pulak.. nk di jd cite time sekolah menengah aku dipaksa pindah sekolah (ampang girl yg pernah dikenali sebagai ampang road girl school).. haha.. woot woot.. xperlu dinafikan lagi.. aku ni mmg ramai kawan.. xkira la laki atau pon perempuan.. tapi yang mmg betul2 xboleh dinafikan tada laki ng ngorat aku > depa kata aku kasar sangat.. takut nak kacau da... hahaha (nak kata aku ni gangster jauh la sekali haha) walaupun aku dah di peringkat remaja belajar di IPB (haish perspektif kawan2 aku xpernah berubah) haha.. yang lawak gilerr.. dan sekarang pon.. kawan2 aku tetap cakap mnde yang sama.. ade sekali tu mmbe laki aku cakap "woi spe la mamat malang yg jd laki emy ni.. msty payah hidup die hari2 kene buli" haha.. wooo kejam gile toq ayat die toq.. (eleh suke aku ckp je la tak payah nk sindir2 mcm tu haha)

cinta aku datang time kat IPB.. wowo.. ini menakjubkan aku jatuh cinta la.. haha.. tp xkemana pon.. mcm tu org2 tua selalu kata, org muda darah masih panas lagi tu.. semua mnde nk ditukar2nya dah mcm pampers pakai buang (mcm2 jenama pampers kn kn) haha lepas die tinggalkan aku,, die pulak yg dtg.. dan yg kali ni die cukup menjaga hati.. adoii tp melebih la pulak.. (dah lama lepas tu aku tgglkan aje ler sbb macam tada hala tuju jer) haha rasa kejam pulak. > tp dah kalau mama pon kata x ok.. so, lepaskan aje ler.. haha


orang kata.. cinta monyet ni cinta yang paling manis.. haha (rasa macam diri ni monyet pulak haha) mungkin ianya berlaku semasa kita di alam remaja dalam belasan tahun dan yang sebenarnya kita masih tak faham apa itu C.I.N.T.A.. aku mula faham masa tu tp.. hancur di tgh jalan tar depan bangunan ipb.. haha
tapi xpe.. asalkan tahu batas2nya pasti pengalamannya bukan sahaja akan jadi bahan ketawa masa tua nanti.. indahnya bercinta masa muda ni.. semua jadi manis kan kan.. haha kalau kentut pon dah mcm seburan pewangi (eh tu bukan aku tp kawan2 aku yg eee dasatnyer cinta die).. hahaha.. lawak  der..

haish tak habes2 org kata.. ha kali ni bak dtg emy punya kata pulak :
now.. cinta tu dtg lagi.. tapi yang rasanya betul buat aku gile kat die.. emy kata "woi aku suka die woooiii "(nak jerit bg tahu satu dunia) mat no dan (bukan nama sebenar).. wah seronoknyer lepas otp (on the phone) dgn die.. lepas semuanya.. walaupun aku xdpt nk bercerite lebih dgn die tp dengar suara die pon dah cukup memadai.. haha.. mm.. kalau bulih hari2 aku nk menulis.. menulis semua tentang die.. sayangnya aku dekat kau :* mmmmuuaaahh.. hehe

#perjalanan hidup aku masih panjang lagi, semuanya ketentuan ALLAH s.w.t..
aku hanya mampu merancang,, dan kaulah yang menentukannya..




SEINDAH MENTARI

GOOD MORNING :)




senyummu seindah mentari
selalu menerangi mimpi sepi


BERITA TERKINI

Seorang lelaki yang telah dimasukkan kedalam hospital atas kecederaannya
 yang teruk dan mengakibatkan kakinya perlu dibedah
Here my hero incik mat no dan (bukan nama sebenar).. die sakit.. kesiannye.. 
26 JUN tempoh hari incik adan operation.. berita sensasi ni pernah aku paparkan.. 
ligamen and miniscus die koyak.. nie semua gara2 terlampau gasak sgt training..
aduhh sakitnyerr... mm tapi tidak mengapa.. nak pandang tu pandang dua2 belah mata tau.. jangan duk kenyit2..
ha..!! incik adan ni kuat tau..
 walaupun die sakit die tetap gagahkan diri.. ha,, mcm superhero dlm tb (televisyen) tu.. 
nampak tak betapa kuatnya incik adan ni.. hahaha
mmm... sedihnya tengok incik adan terlantar kat hospital
sambil merenung gambar incik adan aku mula menyoal diri
 "bilalah agaknyanya aku nk p melawat incik adan ni.. rendu kat die".. huhu)
#tunggu ye incik adan ye :'(

he said "Baru sedar dari operation, tkde selera nak makan".. :(
(kurus lah incik adan nnti wooi,,,, mm sedinyerr)

SEMBANG KENCANG


kencang soalan dan jawapan : persoalannya siapa soalan dan siapa jawapan?? ahha nak tahu dengan lebih lanjut.. jum kite layan perbualan mereka..

soalan : awak suka arnab?
jawapan : ya saya suka tgok arnab tp bukan pgg arnab..
soalan : eh apa soalan sy td ya?
jawapan : mm sy pon dah terlupa..
soalan : xpela moh kite tgok picture hr kita d taman arnab..
jawapan : baiklah madame
soalan : eh?? gg kau mcm arnab..
jawapan : yeke? ade persamaan ea?
soalan : ye ade..
jawapan : mana buktinya
soalan : cuba kau senyum,, nah.. tu dia..!! haha
jawapan : teruk punye jawapan.. haha (sambil terguling2 marah d atas tanah lapang)

Woot woot.. 
(sebenanya lama dah aku nak crite pengalaman p taman arnab ni tapi masa tak mengizinkan.. die marah aku time tu jadi aku hold dulu lah.. so sekarang mungkin dah reda mungkin kalau die tengok die akan marah tapi xpe la aku nk jugak share pengalaman ni hehe) 
Macam ni rupanya ye ko cik arnab ye.. punye la payah nk pegang,, bukannye apa cik arnab malu dengan aku la.. haha.. haish geramnya aku.. nk je kenyek2 bia mapuh natang ni (loghat kelantan) haha.. kalau di translate kan.. hish nak je aku ramas2 binatang ni sampai mati.. haha > terook gile aku ni 
Orang kata arnab ni manja.. haish.. ye.. memang manja sangat la kan.. nak kata punyalah manja cik arnab ni kan kan.. sampai tangan aku ni digoresnye (mcm gores dan menang haha) > dicakar.. haiya.. ini macam wo memang cari nak kena pijak dengan aku la kan.. haha.. tp xpe.. dengan penuh kesababaran dan keikhlasan ahti aku cuba belai2 usap kepala die (woi aku buat arnab ni mcm kucing la pulak haha) nak dipanjangkan cerita.. arnab ni bukan macam kucing tau nk diusap2 kepalanya bulih pgg sesuka hati.. woi laju woo cik arnab ni lari.. nak pegang cik arnab.. cara nak pegang cik arnab : kene usap2 dulu then ambil die taruk (letak) atas riba.. then belai2 lah macam baby.. haha.. ee.. gelynya bulu die.. hasssheemm.. adeh sory hasyim msti ko tersedak2 kat atas sana kan.. haha.. (banyak penggunaan perkataan2 dan bahasa2 pasar,, maaf okay hehe)

Tiba2 teringat kau pulak, lama betul dah kau tinggalkan aku dan kami semua (al-fatihah buat beliau.. moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman.. mm allah lebih sygkan kau)..
Ahha,, berbalik semula pada kesah cik arnab ni.. haiya.. susah payah aku dapat juga pegang.. walaupun hanya 
1 minit.. haha lakar lakar tau.. 

Mm kalau lah incik ade time tu mesti lagi seronok.. hmm. rendunyer die.. mm.. incik adan,, cepat sembuh ye t kite p jalan2 taman arnab t aku kenalkan kau dgn cik arnab.. mesti kau suka (eeyarkk taik die ketul2 macam taik kambing tau cuma taik cik arnab ni keras sikit haha,, pastu kan kalau die kencing woii mencecer memancut uh.. teruk gile perangai cik arnah takde moral langsung haha > kata pon haiwan mana ada akal haha)
:P kali ni aku betul2 dah berjaga pegang cik arnab.. hip hip horrey.. haha
(ini pertama dan terakhir kalinya.. haha namo la aku bulu2 geli uh.. hahaha)
#nak seribu daya tak hendakseribu dalih
macam tu juga dalam pelajaran kalau kita nak berjaya usaha tu kenalah lebih
#cuba untuk positifkan diri ini



ALHAM DU LILLAH :)

Everything is going to be alright, maybe not today, but eventually.
Sebelum tidur ucapkanlah Alhamdulillah 
untuk hari yang telah kita jalani dan semoga esok akan jadi lebih baik..
mohon maaf dan memaafkan itu tidak salah :')
#tq kawan sudi dengar keluh resah aku

KATAK YANG DEGIL

Hari ni aku rasa nak bercerita.. menulis.. tentang diri ini.. mana mungkin orang tak suka bercerita kan.. inikan pula aku insan biasa.. bukannya apa.. cuma sekadar berkongsi pengalaman.. kalau nk tahu al-kesahnya.. bacalah okay.. xdapat dengar cerita awak.. moh sini saya cerita mengenai diri saya.. bukan cerita gembira tapi cerita yang sakit (tak2 bukan cerita tu yang sakit tapi saya haha) okay2.. kalau sudi.. silalah baca serba sedikit pengalaman ini..

Beberapa bulan yang lepas, masih segar di ingatan.. terdengar suara sayup sayup memanggil namamu.. mungkin kah itu panggilan ilahi.. aku mula terasa takut.. takut akan mati.. "setiap yang hidup pasti akan merasai mati".. bila ketika aku berseorangan.. tanpa seorang pon teman.. telefon pon tidak berdering.. pintu juga tidak diketuk.. tiba-tiba.. aku merasa sesuatu.. sesuatu yang menghantui aku..

aku takut bila di dalam kegelapan
aku takut dengan ketinggian
aku takut jika berseorang
aku juga takut bila kejauhan

hari itu, badan aku panas sangat.. mulanya aku mahu diamkan diri dengaan terperuk didalam bilik.. aku cuba kuatkan diri ini, aku bangun mandi berulang kali, makan ubat(sbb rasa panas dah melampaui hadnya, kalau tidak maap la weyh) 
aku lemah.. aku tak boleh tahan lagi.. tiada daya lagi..
cuba gagahkan diri.... halu mama.... dengan suara yang perlahan sedikit garau aku mulakan perbualan kami "mama.. k.long demam kali ni tak larat sangat.. boleh tak abah ambil k.long" sedikit terkeluar air mata panas ini.. badan aku penat, lemah.. time tu.. mata aku berair je.. aku tahan.. aku paksa diri aku.. tapi tak lagi.. aku rebah di atas sofa biru (sofa yang dah tak berupa sofa) diruang tamu
..
betul2 tak sangka.. seketika menunggu abah sampai untuk membawa aku pulang datang housemate ku dari arah belakang.. disoalnya aku.. kenapa mi? knp? eh.. panas ni badan kau ni... "takpe2 kejap" katanya.... walaupon housmate aku ni mulut die bising.. tapi.. dialah yang satu2 yang tolong aku time tu (xde sape kat rumah selain die dan aku), die basahkan tuala, die rendam tuala dalam air asam jawa.. die demuh aku (loghat kelantan).. die lap kepala aku.. die basahkan rambut aku..
(walaupun die ada kekurangan tetapi ada juga kebaikan pada diri die) > syg aku beb :*

sebelum tu.. nk cite ni..!! hari2 aku dok terhidu bau hospital.. bau ubat.. tuup tuup rupanya betul lah weyh... mmg tak sah lagi..

hari itu, betul2 aku rasa bagaikan xbernyawa (mcm ikan tak cukup oxygen)
sakitnya...... 
mama...
abah....
tolonggggggggggg..........
serius aku tak tahan...
aku rasa nyawa aku betul2 nak ditarik (pengalaman membuat kita menjadi lebih dewasa)
ummmmmghhhhhh ummmmmmgghhhhhhhh uuumggghhhhh nafas aku berbunyi....... tak siapa pon peduli.. aku rasa diri aku seorg diri walaupon dihospital dengan kawalan nurse..
(woii mcm hampeh do nurse hospital ampang) 
(sampai sekarang pon aku masih ingat waktu itu)

malam itu, selepas disutik ubat (entah ubat apa tah) aku dimasukkan di wad kecemasan aku ditolak kesana kemari tapi aku tak sedarkan diri.. lena dibuai mimpi.. (entah apa yang jadi) 
time aku sedar
aku cuba kuatkan diri cuba untuk bercakap, cuba untuk menjerit, cuba untuk menggerakkan tangan dan kaki > tapi tak.. aku tak boleh.. aku dalam kegelapan.. sesaknya nafas aku.. ummmghhh ummghh uuummmg nafas aku berbunyi lagi (pernafasan aku tak seperti sedia kala).. kali ni bukan aku bernafas tapi aku nafas aku kene tarik aku cuba mempertahankan diri (mcm perang woo) sesekali aku terdengar suara lelaki menayakan soalan pada nurse yang lalu lalang di counter strike (tempat tertupunya semua pelawat yang tidak tahu dimana letakkan katil pesakit yang dicari) "kenapa budak perempuan tu??" kata lelaki itu.. 
"effect ubat je tu" kata nurse pula.. (aku dengar apa yang dibualkan.. terdetik dalam hati walaupon aku hanya dapat mendengar suara bukan melihat tapi aku dapat rasa nurse tu mmg teruk kalau time tu aku mati aku p cekik kepala die)

sudah lama ianya hilang.. kini kembali lagi....
ia bertambah teruk..
mata berkedip..
lidah aku betul2 kelu.. aku tak boleh bercakap weyh.. (doc mmg mcm chinchan banyak soalan takde afford.. sirius aku sakit hati)
sungguh... aku rasa sakit... sakit lagi..!!
dan kali ni cukup berbeza..
#maafkan k.long.. k.long taksehat macam org lain.. :'(

PERINGATAN BUAT ANAK YANG DEGIL..!! 
tak putus-putus allah bagi ujian pada diri ini..
aku sering saja menyusahkan mereka (my family)..
aku degil.. sikap aku xpernah berubah.. dan kali ni juga.. 

#berubahlah sebelum terlambat 
(peringatan kepada diri dan juga pada yang lain.. insafi diri jangan lupa, esok masih ada tapi tak mungki akan bersinar seperti sedia kala)


#aku sungguh tak berdaya tolongku tolongku ya allah, setiap air mataku mengalir.. 
setiap derai tangis membasahi pipi.. allah jangan tinggalkan aku lagi

#pengalaman ini buatkan aku sedar betapa kerdilnya diri ini..
#masih dalam mencari dan cuba mengenali diri ini
#sihat sebelum sakit (jaga diri. .menghindar lebih baik dari merawat)