Friday, 14 March 2014

percaya atau tidak

Masa berlalu dengan terlalu cepat, semuanya sudah berubah..
semuanya..
tapi perlukah begitu?
mengapakah perlu aku?
mengapa aku juga perlu tanggung itu?
mengapa tidak dari dulu kau bilang tidak/jangan mendekat..

dan sekarang..
aku sudah mula lali
aku sudah mula muak

betul kata hati ini,,
sejak pertama berjumpa lagi
kau hanya bermain
kau hanya bilang suka didepan bukan dihati
tergamak kau perlaku begitu
tergamak juga kau menyakiti
salahkah aku
salahkah aku mahukan jawapan itu

tidaklah mengapa jika begitu
biar aku pergi mencari sesuatu yang baru :')

aku

walau dimarah tidaklah mengapa..
walau tidak disukai tidaklah mengapa
itu kerana aku sedar siapalah aku..

aku tidak punyai apa.
semuanya buruk #tentang aku

walau sedemikian aku masih punyai harga diri
aku juga punya maruah diri
aku juga tidak suka dicaci
walaupun nampak aku ketawa seperti orang hilang..
itu tak pasti lagi hati aku bagaimana..
meskipun aku tak menunjuk lama
tapi jangan lah kau sesekali menyakiti hati ini lagi..

#pedih #perit #pahit

Sunday, 16 February 2014

ianya sakit

walaupun hanya sekejap tapi ia amat sakit
entah mengapa,,
entah mengapa hati ini sakit bila memikirkannya..
bersama dan bersatu??
kita bersama tapi mungkinkah kita bersatu?
itu??
kehendak ilahi..
jika ia untuk kita,, pasti ia akan kembali..
mungkin kembali menceriakan hati,, mungkin juga kembali dalam mendukakan hati..
dan mungkin ia akan pergi tidak kembali lagi..
tapi itu tidak mengapa..
walaupun rasa sedih itu sangat mencekam jiwa..
tapi itu tidak mengapa..
janji biarlah dia bahagia..
sedih hati ini  bila tahu dia sudah berpunya,,
tiada siapa yang tahu..
air mata ini tidak sanggup menahan diri lagi..
ia bercucuran dan terus bercucuran..
entah mengapa..
sedih hati ini memikirkan dia..
tapi,, itu juga tidak mengapa..

tidaklah mengapa,, bersabarlah wahai hati yang terluka

Monday, 3 February 2014

saat itu

Ianya lebih bermakna,, tenang jiwa ini setelah mendekatkan diri.. aku sangat menyayang dan mencintaimu.. tiada yang lain hanyalah kamu.. aku yang sekarang bukan lagi yang dulu.. aku sentiasa merinduimu.. dekat dengan mu membuatkan hati aku lebih bercahaya.. aku tidak lagi kesunyian.. terbongkar segala rahsia (dalam perut je) hanya padamu.. oh indahnya rasa.. rukuk kepadamu, melihat ada sinar untuk terus maju.. sujud kepadamu hanya kamu yang satu.. sesungguhnya mencintaimu adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga.. alham du lillah aku bersyukur di atas segala nikmatmu :’)

Thursday, 16 January 2014

Sekian lama

Setelah sekian lama.. ternyata aku amat merindui saat itu.. senyummu, matamu,, suaramu itu.. kerinduan itu membuatkan hati bertambah sayu dan aku semakin tak keruan memikirkan hal kamu..
Tetapi dalam masa yang sama aku sedar,, siapalah aku ini.. apalah yang aku ada..
Ini semua kerana hati.. hanya hati..
tidak dapat aku nafikan yang diri ini masih lagi menagih kasih darimu.. kasih yang tak mungkin aku miliki..

Wednesday, 8 January 2014

kisah aku tidak terhenti disini

Dia
dia bukanlah sesiapa
dia bukan seorang yang ternama
dia juga bukan tokoh yang terkenal di dunia
dia??
magic tiada..
eh..!! tidak mengapa..
bukan itu yang aku mahu..

perlu diingatkan
sebuah perhubungan tanpa ada ikatan 
tidak akan ada kata putus..
tidak akan ada tautan..
tidakkan pernah bersama..
apatah lagi jika ingin bersatu..

pernah beberapa kali hati ini tertaut..
tapi tidak sama dengan yang ini..
rasa terbela..
rasa disayang,,
rasa dihormati 
rasa dihargai..

namun..
ia sekali lagi mengguris hati..
rasanya sungguh dasyat.. 
itu kerana perasaan ini,, 
sudah mula berputik..
sudah mula menyayangi.....

usahlah dipermain lagi.. 
usahlah diberi harapan lagi
usahlah..!!
usah..!!
sakitnya hati tiada siapa yang tahu..

sekian lama hati ini tidak merasa keperitan itu..
di tipu.. 
dengan bermacam helah..
aku sudah lali
bukan tak tahu
diri ini
hanya
tempat bersuka
menghibur hati yang lara..

berulang kali telah ku cuba..
diamkan diri.. 
namun,,
aku tak terdaya..

usah di fikir..
usah ditangis..
usah diingat lagi..
lupakan semuanya..
kenangan lalu..

tutuplah hati ini..
jangan dibuka lagi..
lupuskan semuanya (recyle bin)

bersaksikan bintang
bersaksikan bulan
hati ini tidak mungkin kan termiliki..

Sunday, 5 January 2014

aku bukan novelis

Tenangkan hati,, kosongkan minda.. apakah ini? Haa na tahu jom layan.. haha harap taklah membosankan.. peace yoo..
Let read

Terlihat beribu bintang dilangit.. terdetik di hati “jikalau dapat ku petik alangkah bahagianya diri”. Tetapi dalam beribu bintang,, kau bulan yang sentiasa menerangi bumi.. ternyata kau jugalah yang bumi cari.. ini kerana hanya kau yang mampu menerangi kegelapan malam di bumi..

???



“Kenapa dengan bumi..? agaknya keraknya sudah semakin menipis.. aduh perit rasanya.. “bumi?? kau sedih??” “Haha eh tidaklah”.. “mm bumi dan bulan tiada apa-apa hubungan,, we just friend” (bermonolong sendiri).. dah jangan difikir lagi..
“bulan.. Aku sayang kau.. janganlah kau pergi tinggalkan aku” (air mata yang ditahan di pertengahan jalan tadi mula jatuh berciciran.. lalu dikesatnya).. sshreeeh hidung berair.. “alamak..!! kain kesat hidung aku mana”? coii meleleh tak henti lah.. L
“apa lagi yang kau mahu tahu bumi??” kata bulan.

bumi terlalu mengharap.. itulah sebabnya hati bumi sakit/sedih? perasaan yang bercambur baur,, entah mengapa bumi berperasaan begini.. bumi bumi.. apa nak jadi dengan bumi ni.. sudahlah bumi jangan main tarik tali lagi.. biarkan dia dengan hidupnya.. bintang-bintang dilangitkan masih ada,, ia pun sanggup untuk menerangi malammu (bumi menagis teresak-esak sambil memandang bintang-bintang yang berkerdipan)..
tak dapat bumi bayangkan jika bumi dan bulan tidak ditakdirkan untuk bersama.. sudah pasti bumi merasa sedih yang teramat sangat.. :’( “peritnya hati ini”. Kata bumi lagi..
tidak terjangka hati bumi yang berkerak sudah  mula ditumbuhi dengan kehijauan dedaunan.. tetapi.. malang sekali si bulan pula menjauhkan diri..
begitulah nasib si bumi, akhirnya si bumi membuat keputusan untuk pergi dan hatinya yang berkerak itu terus mekar dengan kehijauan dedaunan dan ditumbuhi bebunga yang begitu indah..

walaupun bumi dan bulan jauh tetapi perasaan dekat itu sentiasa ada.. bagaimana ini boleh terjadi?? Tiap malam bulan pasti muncul.. ini yang membuatkan bulan tak pernah dilupakan.. oh bulan.. mengapa kau perlakukan bumi sebegini.. tolonglah pergi dengan harapan itu....... dan jangan pernah kembali lagi,, sungguh sakit hatinya.. 

ahha begitulah al-kisah si bumi dan si bulan..
sekian :)