Saturday, 8 August 2015

Tidak pernah puas

Memang begitu sikap manusia
tidak puas dengan apa yang ada
seolah harta dunia boleh bawa ke sana (alam kubur/akhirat)
kita terlupa!
kita terlupa harta yang hendak dibawa ialah amalan kita..
apa? 
apakah amalan kita? amalan harian kita.. 
apakah ia?
adakah baik atau baik atau tetap baik?
pilihan di tangan kita..

tidak pernah puas..
dimana?
dimana letaknya sebuah keinsafan!
jika ada..
jangan hanya lebih pada bibir saja
kerana..
dijemput pulang itu pasti
seperti janji matahari untuk terbit esok hari..

selagi nyawa dikandung badan
hargai dan penuhi dengan keberkatan
insha allah tenang kita nanti
Allah itu maha mengetahui..
kepada-Nya kita meminta kepada-Nya kita memohon
Segala-galanya dengan izin-Nya

Friday, 10 July 2015

Baca betul-betul

Jangan difitnah jangan dicerca
Lontaran tohmahan kita iya kan saja..
bukan kerna lemah tak terdaya..
Tapi kerna menjaga akhlak supaya lebih mulia..
Terlajak perahu boleh diundur..
terlajak kata badan binasa..
Jangan diucap perkataan bersama kita berjuang demi bangsa agama dan negara
jika hidup dijajah dengan hati yang leka..
Didunia tiada yang hakiki..
Ilmu yg ada bukan utk dinanti
Tidak salah jika di cari
Tidak salah jika digali
Tpi jgn smpai disalah erti
Ingatlah..
Ilmu tanpa guru pincanglah diri

Thursday, 2 July 2015

Kaya dunia atau kaya akhirat ??

Islam itu indah
Islam itu mudah
Pesan my baba "ilmu agama lebih penting dari harta duniawi"
jangan sampai kita dilaknat allah hanya kerana harta dunia..
#Noted
harta duniawi perlu dicari,, begitu juga harta diakhirat nanti..!

Mana ada sesuatu tu datang sendiri macam 'durian runtuh'..
melainkan allah nak bagi.. yes..! Apa lagi..!! sambutlah.. jangan pula elak kanan kiri..
Nak buat sesuatu pandang-pandanglah.. jangan sampai memakan diri..
Allah tahu semuanya.. dari apa yg kita plan.. dari apa yang kita fahami.. dari apa yang kita nak buat sebentar lagi.. dari hati kita yang sebenarnya tak tahu nak buat apa dan tak tidur lagi..
Dan.. semua itu DIA telah rancang untuk kita.. ALLAHHU.. !!

DIA rancang, kita pilih tapi semua tu atas kuasanya atas hendaknya..

Omong kosong

Bila hati tak senang
Bila hati merasa resah
Bila hati merasa gundah
Bila ada saja yang mengganggu fikiran..

Entah mengapa..

Mungkin salah diri ini.. mungkin salah kau juga!
Tidakku cari.. tapi datang sendiri..
sudah dipelihara.. sudah dijaga.. namun tetap pergi juga..

Menggigil tubuh ini seperti diatas kubu ais.. menggigil kesejukan.. menangis tak tertahan.. ia pergi lagi..
Mungkin sudah suratan takdir..

Mudah bagimu, mudah juga bagiku..
Hanya satu pesanku.. jangan pernah lagi hampiri aku dengan janji manismu..
Kerana janjimu hanya manis dimulut.. bicara kamu itu hanya omong-omong kosong aja.. bagiku.. kamu tiada makna.. seperti kelip2 yang sibuk memberi cahaya tetapi diri sendiri tidak terjaga..

#mogaallahmasihbukahatiini

#coretan bribip : Sekadar omong kosong.. lalalala





Friday, 30 January 2015

ia hanya perasaan

Perasaan..
mengapa perasaan itu perlu wujud
apa motif "perasaan" ni
mengapa perlu sehingga bercucuran air mata..
berkali kali
sakitnya tuh disini!
(walau engkau tak pernah tahu)
cinta tak pernah meminta
tapi memberi seikhas hati..
tapi ia juga hanya perasaan.. biarkan ia pergi dibawa arus

Tuesday, 13 January 2015

Yang terindah

Hanya kamu #en cinta

Terukir senyum ku bila dia pandang
tertarik nafasku bila kita bertemu
ku bayangkan mungkinkah indahnya hidupku
oh kau dan aku
apa kita sehati sejiwa berteman bahagia
apakah ini tandanyanya erti cinta
cinta yang terindah
gembira aku oh sejak pandang pertamamu

#Pertemuan
bertemu dengannya buatkan jangtung aku berdegup dengan kencangnya (bermonolog) 
hey apa ni.. alahai.. si jantung hati..

pusing kanan pusing kiri.. alamak.. wajah si dia juga yang kelihatan #bayangnya
entah kenapa #aku rindu (mulutku muncung ke depan, tiba-tiba pipiku terasa gatal)
jauh mana kau pergi, bayang kau tak pernah lekang dari mimpiku..
bagi aku kau adalah yang terindah, yang tercipta untuk aku..
kau beri aku harapan.. kau bina satu kekuatan..
walaupun terkadang aku tak faham.. tetapi kau pasti akan muncul tika aku dalam kebingungan..
yang membuatkan aku tidak pernah lupa yang kau "ahmad albab yang empunya" haha..

sekian lama kita tak bertemu bersua muka bertentang mata,, aku mulai rindu..
izinkanku mencuri bayangan wajahmu.. izinkan ku mencuri khayalan denganmu.. 
#kau ilhamku
rindu-rindukanlah sepanjang hari-harimu..
doa-doakanlah diriku didalam hatimu,,
didalam nafasmu.. sepanjang hari-harimu..
ku benar-benar sayang pada dirimu..

en. cinta yang tercipta hanya khayalan haha
apa macam? ada syiok baca ini coretan bribip?
tak kenal maka tak cinta
tapi bila dah ada cinta tu simpan lah ia baik baik okay..
masukkan dalam peti ais jangan biarkan ia cair..

YOU MUST KNOW THIS



If everyone is the same, 

we won't be 

learning to appreciate.