Saturday, 15 March 2014

Bicara hati

Hati yang selalu saja disakiti
Hati yang selalu saja bersedih
Hati yang tidak pernah keruan
Hati yang sentiasa menanti
Tapi kini
Tidak lagi
Yakni, aku akan pergi dan tidak akan kembali
"Patah tumbuh, hilang berganti"
Selamat tinggal arjunaku
Aku pergi bukan kerana aku benci,,
Tapi..
Kerana aku tidak sanggup lagi..
Sudah pasti kau sudah ada pengganti
dan sudah semesti kau akan gembira menjalani kehidupan tanpa aku disisi
Sudah pasti kerana kau sudah tidak menghiraukan aku lagi..

#titik
(hanya coretan #tiada makna yang tersuarat/tersirat)

Friday, 14 March 2014

percaya atau tidak

Masa berlalu dengan terlalu cepat, semuanya sudah berubah..
semuanya..
tapi perlukah begitu?
mengapakah perlu aku?
mengapa aku juga perlu tanggung itu?
mengapa tidak dari dulu kau bilang tidak/jangan mendekat..

dan sekarang..
aku sudah mula lali
aku sudah mula muak

betul kata hati ini,,
sejak pertama berjumpa lagi
kau hanya bermain
kau hanya bilang suka didepan bukan dihati
tergamak kau perlaku begitu
tergamak juga kau menyakiti
salahkah aku
salahkah aku mahukan jawapan itu

tidaklah mengapa jika begitu
biar aku pergi mencari sesuatu yang baru :')

aku

walau dimarah tidaklah mengapa..
walau tidak disukai tidaklah mengapa
itu kerana aku sedar siapalah aku..

aku tidak punyai apa.
semuanya buruk #tentang aku

walau sedemikian aku masih punyai harga diri
aku juga punya maruah diri
aku juga tidak suka dicaci
walaupun nampak aku ketawa seperti orang hilang..
itu tak pasti lagi hati aku bagaimana..
meskipun aku tak menunjuk lama
tapi jangan lah kau sesekali menyakiti hati ini lagi..

#pedih #perit #pahit

Sunday, 16 February 2014

ianya sakit

walaupun hanya sekejap tapi ia amat sakit
entah mengapa,,
entah mengapa hati ini sakit bila memikirkannya..
bersama dan bersatu??
kita bersama tapi mungkinkah kita bersatu?
itu??
kehendak ilahi..
jika ia untuk kita,, pasti ia akan kembali..
mungkin kembali menceriakan hati,, mungkin juga kembali dalam mendukakan hati..
dan mungkin ia akan pergi tidak kembali lagi..
tapi itu tidak mengapa..
walaupun rasa sedih itu sangat mencekam jiwa..
tapi itu tidak mengapa..
janji biarlah dia bahagia..
sedih hati ini  bila tahu dia sudah berpunya,,
tiada siapa yang tahu..
air mata ini tidak sanggup menahan diri lagi..
ia bercucuran dan terus bercucuran..
entah mengapa..
sedih hati ini memikirkan dia..
tapi,, itu juga tidak mengapa..

tidaklah mengapa,, bersabarlah wahai hati yang terluka

Monday, 3 February 2014

saat itu

Ianya lebih bermakna,, tenang jiwa ini setelah mendekatkan diri.. aku sangat menyayang dan mencintaimu.. tiada yang lain hanyalah kamu.. aku yang sekarang bukan lagi yang dulu.. aku sentiasa merinduimu.. dekat dengan mu membuatkan hati aku lebih bercahaya.. aku tidak lagi kesunyian.. terbongkar segala rahsia (dalam perut je) hanya padamu.. oh indahnya rasa.. rukuk kepadamu, melihat ada sinar untuk terus maju.. sujud kepadamu hanya kamu yang satu.. sesungguhnya mencintaimu adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga.. alham du lillah aku bersyukur di atas segala nikmatmu :’)

Thursday, 16 January 2014

Sekian lama

Setelah sekian lama.. ternyata aku amat merindui saat itu.. senyummu, matamu,, suaramu itu.. kerinduan itu membuatkan hati bertambah sayu dan aku semakin tak keruan memikirkan hal kamu..
Tetapi dalam masa yang sama aku sedar,, siapalah aku ini.. apalah yang aku ada..
Ini semua kerana hati.. hanya hati..
tidak dapat aku nafikan yang diri ini masih lagi menagih kasih darimu.. kasih yang tak mungkin aku miliki..

Wednesday, 8 January 2014

kisah aku tidak terhenti disini

Dia
dia bukanlah sesiapa
dia bukan seorang yang ternama
dia juga bukan tokoh yang terkenal di dunia
dia??
magic tiada..
eh..!! tidak mengapa..
bukan itu yang aku mahu..

perlu diingatkan
sebuah perhubungan tanpa ada ikatan 
tidak akan ada kata putus..
tidak akan ada tautan..
tidakkan pernah bersama..
apatah lagi jika ingin bersatu..

pernah beberapa kali hati ini tertaut..
tapi tidak sama dengan yang ini..
rasa terbela..
rasa disayang,,
rasa dihormati 
rasa dihargai..

namun..
ia sekali lagi mengguris hati..
rasanya sungguh dasyat.. 
itu kerana perasaan ini,, 
sudah mula berputik..
sudah mula menyayangi.....

usahlah dipermain lagi.. 
usahlah diberi harapan lagi
usahlah..!!
usah..!!
sakitnya hati tiada siapa yang tahu..

sekian lama hati ini tidak merasa keperitan itu..
di tipu.. 
dengan bermacam helah..
aku sudah lali
bukan tak tahu
diri ini
hanya
tempat bersuka
menghibur hati yang lara..

berulang kali telah ku cuba..
diamkan diri.. 
namun,,
aku tak terdaya..

usah di fikir..
usah ditangis..
usah diingat lagi..
lupakan semuanya..
kenangan lalu..

tutuplah hati ini..
jangan dibuka lagi..
lupuskan semuanya (recyle bin)

bersaksikan bintang
bersaksikan bulan
hati ini tidak mungkin kan termiliki..