Showing posts with label al-fatihah buat arwah hishammuddin :). Show all posts
Showing posts with label al-fatihah buat arwah hishammuddin :). Show all posts

Friday, 13 September 2013

peristiwa itu

4 tahun yang lepas :

Ianya terlalu mengejut..!!
Bagai nak gila, tidak lama selepas dapat khabar dari qirien, dan sekali lagi menerima panggilan telefon daripada ana.. Katanya echam kemalangan! Maka mereka bergegas ke tempat kejadian.. Tapi aku? tiada daya.. :'(
“echam meninggal dunia ditempat kejadian (ulu yam) dan seorang lagi rakannya meninggal dalam perjalanan ke hospital".. aku kaku ketika menerima berita itu.. Ia terlalu sukar kerana dalam ketika itu juga aku baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan aku masih lagi tidak berdaya untuk berjalan malah berlari.. dan apa yang aku mampu hanya berdoa agar kau selamat disana dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. :')
dan selepas kejadian yang menimpa echam.. aku mula sedar,, bahawa kematian sangat dekat dengan manusia tidak kira berapa usia kita dan dimana jua kita berada..

#takenote
“rugilah jika kita terlalu leka dengan nikmat dunia hingga abaikan persediaan ke alam kekal kelak"