Wednesday 18 December 2013

kepastian

Di saat ini
aku mula merinduimu
wahai kekasih hatiku
begitu rindu aku akan dirimu,,
aku rindu aku sayang kamu
senyummu, matamu, rambutmu..
tak tergambar perasaan aku terhadapmu
mengapa?
mengapa?
fikiran aku tak putus terhadapmu
aku benar yakin
aku merinduimu
aku menyayangimu..
benarkah kau juga sepertiku??

#malam yang sepi hanya bertemankan bunyi kipas di syiling, atap rumahku

Monday 16 December 2013

SAHABAT

PERSAHABATAN

Sahabat..,
permulaan,, yang.. sungguh hangat..
seronoknya masa tu,, sayang sangat-sangat..
sampai kan tidur termimpi-mimpi.. 
wah,, indahnya saat tu..

lama-kelamaan..
persahabatan kami bertambah erat,,
kami kelihatan sudah seperti adik beradik..
rupa tak sama,, kulit jauh beza..
ketiku itu.. suapan mulut ke mulut..
terasa sungguh,, gembiranya bersama..

huh.. apa kan daya.. semua itu hanya sementara,,
kalian.. maafkan aku sebab aku jauh ketinggalan..
sumuanya jadi tak kena..
mugkin itu hanya perasaan sahaja,, ataupun.. ianya benar..??
seroiusly..
nak bergerak ada batasnya.. nak bercakap.. aii,,
ada ke batas-batasnya.. bukankah kita ni dah macam adik beradik??
kenapa perlu berselindung,, kenapa perlu berdiam.. kenapa perlu berjaga-jaga.. kenapa perlu itu semua...??
abang,, adik,, kakak,, adik.. bukan ke g tu..

kenapa ya?? apa yang berlalu dan apa yang di jangka tak pernah nak sama..

apa?? 
bagaimana?? 
bila?? 
siape??
mengapa?? 

takkan kita ketahuinya.. kerana..
aku saja.. saja ja.. buat reka-reka, nak tulis kira-kira tak pandailah pula,,
jd.............. karang la cerite yang sebenarnya tiada kaitan di antara yang masih hidup @ yang telah meninggalkan kita....

hahahahaa.. :D

Emy Bribip

Wednesday 4 December 2013

Dogh time

kami main dogh hari ni.. syok tau.. 
haa,, moh ler tengok ni hasilnya..

Tuesday 3 December 2013

practise time -Children literature




im quit

hari itu kami menunggu dengan penuh kesabaran.. tetapi kecundang ditengah jalan.. rasa sabar tu beralih kepada lapar.. woo memag tak lakan nak tunggu.. dari pagi sampailah dah petang.. coii ini olag haa manyak susah woo.. kasi paans saja.. wa wat lek wat peace tapi wa tak tahan la der.. apalagi.. kita blaa sajalah..
lama sangat dok menunggu tak tahan rasa.. jadi cabutlah jawabnya..

Friday 29 November 2013

mereka



Once upon a time .... A legend of ipb .. I still keep 

this.. #memories #past #ipb#2010

 #spirit #of #7 #ladies #i #am #moon #supriadi — 



sungguh aku tak menyangka.. :')

Sunday 24 November 2013

sang burung dan mawar merah

lai lai lai.. 
ha,, pernah tak dengar cerita mengenai sang burung dan mawar merah?? ouh tak pernah dengar ya.. okay tidak mengapa.. mai sini beta cerita.. 



hiduplah seekor sang burung.. hidupnya dilautan.. suatu hari sang burung hinggap didahan,, ditepian pantai sambil bersiul-siul.. tanpa menghiraukan sekelilingnya.. ianya bersiul dan terus bersiul.. sang burung tidak pernah bosan menunggu.. menunggu dan terus menunggu.. menunggu si bunga putih.. (tapi aku terkeliru,, kerana sang burung tidak pernah meluahkan rasa cintanya.. agaknya sang burung takut lalu menyimpan telurnya itu di dalam perut kut hahaha) cehh.. berlagak sungguh sang burung.. tidak mahu mengalah..

DIKEHENINGAN MALAM sang burung mula berfikir.. nahh datang idea pula..
"Suatu hari burung jatuh cinta pada mawar putih, burung pun berusaha mengungkapkan perasaannya.. Tapi, mawar putih berkata, "Aku tidak akan pernah menyintaimu" tapi.. Burung tidak menyerah kalah, setiap hari dia datang untuk bertemu dengan mawar putih.. Akhirnya, mawar putih berkata, "Aku akan menyintaimu, jika engkau dapat mengubah aku menjadi mawar merah" Dan suatu hari, burung datang kembali, dengan penuh curahan kasih untuk memiliki mawar putih dan nekadnya.. sang burung memotong sayapnya dan menebarkan darahnya ke arah mawar putih, akhirnya mawar putih bertukar menjadi mawar merah (wahh tercapai juga hasrat mawar putih untuk menjadi merah).. tetapi.. mawar putih salah.. mawar putih betul betul kejam.. Akhirnya, mawar sedar betapa besar burung menyintai dirinya. Tapi, semuanya sudah terlambat, kerana sang burung telah mati.. Tidak akan kembali lagi.. dan Itulah sebabnya mawar merah menjadi lambang cinta.. Hargailah siapapun yang menyintaimu sebelum dia meninggalkanmu.. :') now.. sang burung sudah tiada.. menyesal tiada guna lagi.. yang perlu sekarang.. jagalah sebaiknya dan bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang..

MAWAR MERAH LAMBANG CINTA
#sekadar bercerita tanpa maksud apa-apa :)

Friday 15 November 2013

eh dah malamlaa

aduhai.. betul-betul sibuk sem ni.. praktikal dah dekat ni.. cuak tahap gaban dah ni.. persediaan apa yang dah dibuat?? betul ke boleh pegang title "cikgu" ni? sure.. mm nak luah rasa takde sapa mahu menadahnya.. dah halu abah.. abah cakap kita dah usaha kan.. so,, teruskan aje.. buat apa yang rasa terbaik.. dengan budak2 je pun.. mm abah :'( tadi halu abah.. sebab mata ni pedih tiba-tiba mata air keluaq.. tak tahan dah.. rasa takut sangat.. teresak2 jadinya.. halu dia.. mm,, cuma nak dengar suara dia je.. dan berharap mungkin dapat meredakan kesedihan dan keserabutan otak ni.. tapi takpee la dia busy.. :')
mm tapi kan sesibuk mana pun kan takkan la 5 minit pun takde untuk kita?? mm nononono
eh rembulan mengambang kini makin suram.. pudar ilhamku tanpa arah.. 
ahha untuk mengakhiri penulisan aku untuk malam ini.. nah....... baca sajalah labu.. dengan duit kita boleh beli apa saja yg kita mahu.. tapi bukan tidur yang lena.. ahha.. ingat tu.. siang tak serupa malam.. malam tak serupa malam.. haa,, jom tidur.. selamat malam la yerr.. kelak berjumpa lagi kita :) peace yoo

mana hilang ni??


(•_•)

<a) )╯
/ \ ( •_•)
d / \ (•_•)
<( (>
a

n)~
~
(



alamak..!! mana kepala ni? awak.. mata taruk mana?? kenapa tangan dah takde ni? eh kaki tercampak masuk mana?? maafkan saya.. saya pun tak tahu apa yang saya dah buat ni.. saya cuma rindu.. tapi tak tahu la nak habaq lagu mana..


sebelum tidur >> ada pesanan untuk hati : haa,, hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI itu.. awas jika tersalah langkah..

#moganantikamuketemudengankepinganhatiyqngkamucariitu

#kipidap!!

Wednesday 13 November 2013

macam air

haa,, apa yang macam air??
tak tahu??
nak tahu?
ini ceritanya..
its all.....
about... money.. 
money !! money !! money..!!
ada duit nak buat apa,, nak pergi mana.. semua on saja.. apa pun boleh beli.. tengok makanan,, kalau boleh semuanya nak dibedalnya.. yang si perokok pula dok hembus fuuh fuuhh tak henti henti kabusnya punn.. nak enjoy apatah lagi.. time tu tak fikir pun nak menyimpan duit.. sebab rasa kaya kan.. semua nya boleh dapat dengan petik jari je.. haa,, itu time ada duit la kan.. tapi.. kalau dah takda duit.. meggi pun tak sanggup nk beli.. dah tu ikat peruut buat geli geli.. time tu la baru nak beringat.. nak kena save money.. baru la tetiba rasa duit tu penting.. haa,, kalau tidak.. duit tu macam air je.. dok meleleh tak henti henti dah tu kena serap dengan span,, terus kering.. kalau kering je takpa lagi.. kering kontang tu yang tak tahan tu.. alahai duit......
sana sini.. pusing depan pusing kelakang.. pusing kiri pusing kanan.. nampak duit je.. eh macam mana ni..?? mata aku bling bling $$$$$.. mana satu jalan yang aku boleh lalu ni.. semua jalan ditaburi  dengan duit.. duit.. duit.. oh duit......(saya pengutip hutang)
duit.. duit.. kemanakah duit.. duit terbang melayang-layang.. nak hinggap didahan memang tak sempat.. macam burung dengan si pengemburu.. hoi nampak burung je.. satu das dia bagi.. keedeeppiiik..!!!!(sound efeect) burung jatuh.. alahai.. duit duit..(hutang keliling pinggang)
duit.. oh duit aku...!!!
#nantikan sambungannya :) peace yoo

nak tahu tak??

cerita hari ini
teka teki teka tekuk ular mati dalam periuk
selepas selesai sesi pembelajaran..
haish macam macam karenah dalam class miss hari ni.. .. :D
 nak tahu cerita selanjutnya?? 
alamak......!! takda idea la nak story pepanjang.. idea petang petang ni memang kureng sikit.. 
hee maafla yee.. 
haa,, meh sini tengok video yang aku record dibawah ni..

amalina punya teka teki dalam class CL

Tuesday 12 November 2013

terangkah malam??

cerita tentang bumi dan bulan

Perbualan diantara bumi dan bulan : 
bumi   : bulan?? 
bulan  : mengapa? 
bumi   : dimanakah kau?? 
bulan  : mengapa aku yang dicari?? 
bumi   : bumi sudah semakin gelap.. kemana kau menghilang diri??
bulan  : bukankah kau tidak memerlukan aku lagi??
bumi   : eh bulan kau nak makan penumbok jantan aku ke haa..
bulan : mm.. cahaya aku sudah tidak diperlukan lagi.. cukuplah bebintang disekelilingmu..
bumi   : alahai,, bulan bulan..
bulan  : tak mengapa la bumi,, aku okay je..
bumi   : yang kau ni dah kenapa?
bulan  : tiada apa.. eh bumi.. selamat malam :)
Perbualan diantara bumi dan bulan terlalu perlahan sehinggakan semut semut pun tak dapat mendengarnya.. mm.. semakin lam semakin suram.. semakin hari mereka semakin suram.. entah mengapa.. maybe air pasang tak surut surut kut hahahahahaha.. dengan penuh rasa hampa hampa dan sebak didada bulan mengeluh haaaaaaahhhhhhhhh bulan menyangka bahawa bumi .............................................. 
(tidak siapa pun tahu,, hanya bulan dan bumi serta kegelapan malam)

bulan?? apakah function bulan kepada bumi?? untuk terangkan bumi?? supaya bumi tidak terlalu gelap nanti.. ye ke? supaya bumi dihiasi dan rasa dirinya dihargai.. ehh macam tu ke?? tapi macam tak jee.. mm bulan merasa sudah tidak berguna lagi.. mengapa begini? perlukah aku ini? pentingkah aku ini? apakah aku ini hanya penganggu.. penganggu diwaktu waktu malam.. oh bumi.. benar-benarkah kau(bumi) tidak mahu pedulikan aku(bulan) lagi?? jikalau benar kau tidak memerlukan aku lagi.. lebih baik saja aku beredar ke marigh ataupun pluto ataupu ke planet planet lain.. rasa tidak sanggup begini.. bulan cuba mendekati tetapi terasa seperti dihindari.. apakah ini perasaan ataupun ?? mm apakan daya tiada apa yang dapat aku lakukan.. aku(bulan) bukan sesiapa.. mahu saja diri ini meraung... Sang bulan menjerit,, aaargggggghhhhhhhhhhhh.. merasa seperti sudah tidak mahu timbul lagi,, di.. waktu malam..

Serikan hidup kita dengan senyuman, kerana dengan senyuman, seluruh persekitaran kehidupan kita akan menjadi lebih baik.. Bulan memujuk diri : "Senyumlah walau hati dipenuhi dengan kedukaan.. Biar yang lain lihat kita gembira dan cukuplah cukuplah hanya Allah sahaja tahu betapa deritanya kita"
 :)
Dlm suatu keadaan ataupun situasi tertentu, berdiam diri itu lebih baik sebabnya ia dpt perlihatkan betapa dewasanya diri kita ini ;)

Sunday 10 November 2013

what what what

Never let anyone define who you are>>

siapa aku yg sebenarnya? itu tak penting.. yg penting kau jujur pada aku dan setia pada kawannmu ini.. butuhkan aku..? ye aku coming,, nak peluk? meh sini.. tak puas hati? lepaskan aje.. rasa nak tumbuk?? meh kita resling.. kau percaya pada aku? ya kau boleh percaya pada aku.. kau rasa aku xboleh dipercayai..? ya kalu juga boleh katakan begitu.. sebab apa aku katakan begitu?? ya.. sebab mulut tu ada lidah and lidah boleh buat suka hati dia je nak kata apa pun.. sebab lidah mana ada perasaan,, dia cuma boleh meluahkan hasrat di hati.. 

haa,, kalau marah jangan pendam.. kalau sakit jangan simpan.. dah rasa nak meletopp??? haa... masuk avon,, tambah high volume.. kasi keebaaabbooommm laa..

#takenote
life is not a competition,, the only person you need a beat - is the yesterday you..!! just be a better you.. itu sudah cukup..

Saturday 9 November 2013

ketuk ketuk


aku tidak jemu,, tidak pernah sesekali jemu,, tidak akan pernah jemu.. dan aku akan katakan tidak pada "JEMU".. kau faham maksud jemu..?? Jemu pada erti kata lain adalah muak, tak suka, atau bosan.. dan aku tidak pernah jemu untuk menunggu.. tiap waktuku ada untuk kamu.. cuma kau yg tak pernah sedariya.. 
walaupun aku ..... .... .... ... ... benar ...... .. tapi aku tetap ........... :)
SELAMAT MALAM

selamanya


here,, my classmate.. 
hura hara jadinya bila lecture lambat masuk ke class..
#saya rasa seronok+gembira=selesa apabila bersama mereka..

Monday 4 November 2013

KEBAABOOM

HEY YOU.. LET SEE THIS FIRST..!!



der,, semoga saki baki umur yang ada ni diisi dengan amalan yang menuju redhanya ye :) ..
wish you luck sokmo.. peace yoo ;)
Birth Day Boy..!!
Selamat hari lahir yee.. :)
wish you happy, happy and happy..
selamat menjalani kehidupan orang 20-an pula yee..
lakukan yang terbaik untuk yang terbaik..
#jangan tinggal solat yee awak :)



JOM BERBUENO


dalam pembikinan slide show untuk pembentangan hari rabu ni.. haish nak present.. serammm nieh.. dok rilek jap.. goyang goyang kepala.. renggang renggangkan otot.. haa.. idea dah mai dah.. haa........ treett treeett teeeettt coot oopocot... adoii.. ini lipas woo sekali aku sengat baru mendapat... haishh.. mana pergi ni.. ohh my idea.. haa semua gara-gara dia !! idea aku terus mengecut.. dek kerana kelibat dia si lipas terbang.. adu du duh.. sungguh ku tak menyangka,, ah ah.. mm apa pun tak boleh la.. sat na.. biar cheq mikiur (ku menyeru kembalilah my idea yg bling bling bercahaya haha).. yes... aku dapat.. haa,, so apa macam?? nak tahu apa idea aku untuk pembikinan slide show aku ni? haa sabaq cheq... hamboiii gelojohnya.. apa boleh buat...................................... nak tahu tak?? sebenarnya cerita aku ni fokus kat lipas terbang.. bukan slide show laa.. haha.. alaaa.. lipas terbang ni jadi si kaki mengacau bila orang sedang asyik fokus dengan assignmnet... jelous lah tu.. kalau kita dok cari dia tak nak pula dia keluar.. ni orang dah sibuk baru dia egeh-egeh nak rindu kita.. ee rasa menyampah naa.. kalau lah si lipas terbang ni tak punya sayap dah lama aku kurung dia tak mau bagi dia p mana-mana,, dok melekat dengan aku ja.. haha nampak macam kejam kan..

tam : ehh apa.. ooo lipas terbang?
tom : kenapa?
tam : saya tak faham la si lipas terbang ni siapa?
tom : siapa apa? lipas terbang.. dah kata lipas mesti la ianya haiwan der.. alahai...
tam : mm tapi (bermonolog sat) lipas pun ada rindu rindu juga ke..
tom : pikir apa tu,, alolo dia ni... hahagagga

#jum tidur hari dah pagi ni.. bulan dah mula malap,, bintang pun dah tak hangat.. sat lagi terbit fajar,, matahari pun tak sabar nak meninggi.. mm bila nak malam lagii?? aku tunggu dan tunggu dan tak pernah jemu.. #si lipas terbang jaga diri ye :) #si lipas terbang bukan sesiapa (cuma rekaan semata-mata)




Tuesday 29 October 2013

tora tora minta izin

haiyakkkk... inikali betul-betullah..
#jom bebel sat 

cerita : dalam KTM
this coach for ladies only.. are you ladies sir? haa? apa dia? woi.. tahu cakap melayu la dia ni (dalam hati).. haha.. (jadi aku pun ulang semula) couch ni untuk perempuan je.. (tak tahu membaca agaknya) atoyai.. hey kau adam/lelaki.. tak kira lah melayu ke cina ke india ke orang putih ke orang hitam ke kalau rasa diri tu bernama lelaki/man tolonglah.. tolonglah faham sendiri,, ada otakkan? dah besar kan..! boleh fikir kan..! COACH  UNTUK WANITA SAHAJA.. ada paham?? cooiii.. hey memang tak faham toi dengan hampa semua ni.... dah besar-besar terpampang kuut.. siap dwibahasa lagi tu.. tapi masih tak faham lagi.. ini tak nampak ka buat-buat tak nampak?? bila ditegur buat deq je.. bila dah pandang atas bawah tahu pula nak marah.. ish.. mengganggu hak wanita betul laa.. agak-agak la kan kalau kena lempang baru sedar kut.. haish lelaki lelaki..

aku kata kau kata kau apa kata kata aku kau aku kata kau

saya rasa saya suka.. saya rasa saya sayang,, saya rasa cinta dah mula nak berputik.. saya rasa nyumm nyumm.. enak sehingga menjilat ibu jari kelingking der..

saya : ehh awak cuba teka,, buah apa yang rasanya masam manis? 
awak : haa buah ooo.. oren..
saya : eh.. jawapannya buah pelam la awak... 
awak : woi.. kenapa pula buah pelam? banyak lagi buah lain yg rasa masam manis kan?
saya : lahai.. soalan kita,, suka hati la kita nak bagi jawapan apa.. haha
awak :  awak ni senget laa..
saya : kahakhakKAHAKhahah 

saya : hey hey,, awak.. awak.. awak yang tu.. yang tu la.. ye awak la,, buah hati pengarang jantung.. haa.. jom tidur.. selamat malam..

#aiman - cinta terakhir

Sunday 27 October 2013

sahabat ohh sahabat ku

sahabatku posesif..
apa itu "POSESIF" ??
nak tahu?
kalau nk tahu JOM terus kan bacaan penulisan aku ni..

bersahabat dengan akrab memang menyeronokkan.. tapi.. kalau perhubungan yang terjalin mula menunjukkan tanda-tada negatif seperti berselisihan faham berlebihan, so berhati-hatilah..!! ini kerana mungkin hubungan ini menunjukkan tanda-tanda posesif!

POSESIF??
bermaksud wujudnya keinginan yang kuat untuk memiliki tau menguasai sesuatu.. dan dalam konteks persahabatan, posesif bermaksud wujudnya keinginan untuk memiliki sahabt yang "khas" untuk kamu.. bagi kamu, sahabat itu tidak boleh bersahabat atau berkawan dengan orang lain.. (rasa mcm time kecil2 dulukan, semua pun tak boleh hadoi haha).. jika berlaku sesuatu seperti ini ianya tentunya agak menyusahkan..

PENYEBAB "POSESIF"
1) trauma - pengalaman menyakitkan
2) mentaliti - emosi yang xmenentu
3) pengalaman pertama - selalaunya seseorang yang baru memiliki sahabat dlm hidupnya akan sentiasa merasa takut untuk kehilangan

positif sahabatku POSESIF
1) tegur sahaja
2) niat baik - usahakan sesuatau untuk kekal bersahabat
3) larikan diri - sekiranya sahabat tidak berubah danterus terang bahawa kamu sudah tidak tahan dengan sikapnya

jika kamu posesif.. haa kalau dah habis baca.. tiba-tiba terasa.. ahaa.. jangan panik..!! ikut tip di bawah ni :
1) mengaku sahaja akan kebenaran - xperlu takut atau malu, mgkin dgn ini kamu boleh mengawal keadaan.. sahabat yang baik x akan meninggalkan kamu jika kau menunjukkan inisiatif untuk berubah dan sedar akan kelemahan diri kamu
2) ubah pemikiran
3) percaya pd sahabat
4) lupakan trauma

my name is PON

my ever SAYANG..
saya sayang awak.. dan dia adalah awak.. awak perlu tahu tu..

awak : haa? apa? siapa?
saya : eh awak ni.. awak lah..
awak : awak siapa?
saya : eeh awak ni.. kang cabut hidung tu baru tahu.. saya kata awak,, awaklah..
awak : yelah awk tu siapa?
saya : awak lah si #pen jantung hati saya.. haha
#merinduikamu


marah2 aku xpandai tp kalau mengamuk itu hobi aku.. haha


tidak lagi??

suatu masa dahulu kita pernah bergelar #kawanbaik
tapi semenjak #dan sebenarnya aku juga tidak tahu punca kita berjauh... kau dan aku mula berubah arah.. kau ke kanan aku ke kiri.. haluan kita cukup berbeza.. sungguh aku merindui kenangan itu.. ingin aku cuba mendekat diri tapi kau tetap mahu berjauh diri.. kini kau sudah lupakan aku.. dan kenangan itu.. kau bukan kau yang mula-mula aku kenal suatu ketika dahulu.. sungguh aku tak percaya.. sungguh terasa hati ini.. pedih.. masin kelat pahit aku benci perasan ini.. sungguh!!! sungguh!! kau sudah lupakan aku?? :"(  #maafkanlah aku #kembalilah wahai sabahat . #sahabatku aku sayang rindu kau


kau dan aku

her post :
Best frenz FOREVER .. kita akan rasa SELESA dengan dia sebab KEJUJURAN dia (even mcm mne pon keadaan susah atau seng) .. tak kenal erti ucapan MAAF atau TERIMA KASIH (cbb bff kita akn tau isi hati kita, xpelu luahkn dri mulot, dan xdk persoalan antare kite) .. ape dia RASE, kita akan dpt RASE (kadg2 smpai dpt melalui mmpi) .. selalu BERDOA agar persahabatan sampai syurga (bkn ckp kat mulot, atau laman sosial tapi berdoa lps solat) ..     


#norazilahzakaria
#nurulemydanordin



ohh my dear.. tq so much aku sangat menghargainya.. tq sebab kau seorang yang memahami,, walaupun aku tak tahu apa sebenarnya didalam hatimu.. walaubagaimanapun, aku tetap sayang kau sampai lebam.. sayang bukan sekadar dibibir tapi dihati jua tau.. susang senang bersama.. 
#sahabat sejati menjadi pendorong impian ;) #Allah #kirimkanrindukukepadanya :')

Wednesday 23 October 2013

satu kenikmatan

Merindui kamu itu satu kenikmatan.. satu nikmat yang aku sendiri pun tak tahu nak terjemah macam mana.. sesungguhnya kau adalah sahabat dan kekasihku.. 
#yangmerinduimu
#duludankini

siapa sebenarnya sahabat?

sahabat adalah teman yang lebih dari sekadar kawan.. susah senang dia sentiasa ada untuk kita.. temani kta kemana jua walaupun terkadang tu bukan selalu dapat berada disisi.. betul.. betul.. memang sangat mudah untuk dapat kawan... tapi bukan seorang sahabat.. untuk mencari seorang sahabat yg benar benar faham akan diri kita.. hidup tanpa seorang kekasih masih lagi dapat diteruskan dengan hati yang gembira tetapi hidup tanpa sahabat ternyata hidup kita ni hambar.. kosong.. kosong.. kosong..

PROBLEMA

1001 masalah sahabat - bukannya mudah untuk menjaga persahabatan.. selama mana pun usia persahabatan itu, masing-masing takkan pernah dapat lari daripada berhadapan dengan masalah.. so, check it out!!
BERBOHONG..!! banyak sebab yang membuatkan seseorang itu berbohong.. kadang-kadang dia terpaksa.. terpaksa untuk berbohong demi menjaga perhubungan.. 
dan hanya 3 alasan yang boleh diterima pakai pabila mahu jelaskan pada kenapa dia berbohong :

1) JAGA HATI - dia terpaksa berbohong bagi menjaga hati kamu, supaya kita tidak sakit hati dan tak mahu kehilangan kamu sebagai sahabatnya..
2) LINDUNGI rakan lain - berbohong kerana mahu melindungi kesalahan rakan lain supaya kita tidak marah kepadanya.."pro social lie" (untuk bantu orang lain)
3) SIFAT kita - mudah melenting jika berhadapn dengan sesuatu situasi yang tidak menyenangkan hati. sahabat jadi tkut dan akhirnya pilih jalan untuk berbohong.."self enhancement"

tapikan.. kalau sahabat jelaskan mengapa dia berbohong dengan 2 alasan ni, wajar kita berangin!!
1) cari keuntungan
2) berniat jahat

#fikir-fikir dan renungkannya

dey.. memang seronok ramai member ni tp bila dah terlalu ramai, kita pun boleh jadi bingung sebab sukar untuk meluangkan masa secara adil bagi puaskan hati setiap member kita ni.. 

#jangan paksa diri untuk sesuatu perkara yang kamu sendiri sukar untuk laksanakannya, belajar imbang masa belajar dan berhibur.. belajar katakan "TIDAK"
#yang paling penting, pastikan kita lakukan sesuatu perkara dengan ikhlas (rela hati) dan ikut kemampuan..
:)peace no war..


Thursday 10 October 2013

beriadhah

bila hari kita kekosongan,, mula lah kita mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan itu, begitu juga aku..! ahha.. seronok betul keluar beriadah dengan cik amalina.. dia suka duduk tepi tasik tepi pantai, dan saya juga bgitu.. seriously aku seronok sangat (walaupun sekejap tapi aku tetap rasa puas) sebab dapat hirup udara-udara yang segar.. terasa sangat bahagia bila pipi ditampar angin yang sepoi-sepoi.. :D

Wednesday 2 October 2013

PERCAYALAH

PERCAYA PADA DIRI..!! yakin boleh pasti boleh,, jangan pernah sia-siakan waktu yang ada ini.. guna sebaik-baiknya..

INGAT!! 
ALLAH SENTIASA ADA UNTUKMU WALAU TIKA SUSAH ATAUPUN SENANG..
DIA TIDAK AKAN PERNAH TINGGALKAN KAU WALAUPUN SESAAT..

TAPI,, JANGAN LAH PULA KAU MENCABARNYA.. SEHINGGA KAN DIA BERPALING DARI KAU DAN JADIKAN APA SAHAJA YANG KAU LAKUKAN  ADALAH SIA-SIA SAHAJA..

#take note

bahang sungguh malam ini

TANPA disangka-sangka.. perubahan cuaca telah berlaku.. aku tiba-tiba rasa tak selesa tak tenang, otak aku celaru.. sejenak aku terfikir.. apa yang sedang berserabut didalam benak fikiran aku ini?? whats going on?? (im thinking.. and..) fikiran aku melayang-layang, dahi aku mula mengerut deras.. muka aku kepanasan..  mama abah.. (haiii, baru nak teringat la kan, ee teruknya!!)

tiba-tiba.. terasa seperti diri diawangan..
ya allah, ya allah, ya allah, aku cuba tenangkan diri ini.. namun tak terdaya lagi..
arrrrgggggghhhhhhhh..!! otak ku serabut, aku stress sangat.. tah mengapa.. ditambah pula dengan hentakan pintu yang agak beremosi ketika itu.. 
lalu, aku serta merta berubah.. aku semakin memberahi.. wowo agak keterlaluan "peel" nya.. kau tahu apa itu peel?? peel tu membawa maksud "perangai".. wah wah wah agak-agak lah kan kalau dia adik aku tak mahu pula aku p serbu bilik dia,, kasi hentak sikit kepala dia kat dinding.. HAH!!
"nak ditegur takut mati bapak,, tak ditegur takut mati mak" begitulah perasaan aku ketika itu..

hati meronta-ronta
petir sambung menyambung
kilat berdentum-dentum
(malam yang penuh beremosi)

kalau lah :
aku.. burung.. terbang.. bebas.. (sebuah lagu yang didendangkan oleh classmate aku, zunaidah)
#sedalam dalam air perigi yang digali,, dalam lagi makna kehidupan yang aku cari..

Friday 20 September 2013

banyak cantik muka kau

ada nampak ilmu datang bergolek?? tapi.. ilmu datang disuap ada tau..!! ingat lagi tak? time kat sekolah dulu..

entah pape betol.. (homework) bila disuruh siapkan dirumah.. katanya letih.. katanya xde masa.. eh?? pagi pergi sekolah.. petang takde buat apa-apa.. masa kat dalam kelas.. sesi p&p belangsung.. 
soalan cikgu bagi,, jawapan pun cikgu suap.. letih apa?? tulang 4 kerat takde pun kegunaannya.. otak pula tak pernah pun guna untuk berfikir.. semua cikgu suap.. eh?? kata je la malas..!! ish.. teruk kan.. (nasib lah makan tak perlu bersuap)

abah and mama pula.. suka tak suka, mereka kena tanggung kita juga.. walau kita 7 orang semuanya.. tapi apa kita nak tak pernah diabaikan.. sebab itu tanggung jawab mereka.. keperluan kita, kehendak kita.. ye la.. walaupun terkadang tu tak lah semuanya kita minta kita dapat.. tapi sekurang2nya makan pakai kita terjamin.. itu pun dah cukup baik dah.. 

Sinopsis : petikan ini berkisarkan seorang pelajar dan anak yang tidak tahu MENGENANG JASA.. dan tidak pernah tahu apa itu erti PENGORBANAN..

(created by @emy bribip) 

be more posittive

Bagaimana rasanya mengajar kanak-kanak di tadika yee??
risau sungguh hati ini memikirkannya.. now.. kita dah sem 7.. dah akhir semester.. menghitung hari demi hari.. pejam celik pejam celik.. sekarang dah akhir bulan september dah.. 
cuak nyer.. takut?? risau?? how ist happen?? kenapa perasaan ini tiba-tiba muncul? apakah aku patut undur diri atau majukan diri?? arrrggghhhhhhhh.. really need some advises..

#orang yang berani tidak akan pernah takut untuk mencuba..
#mencuba tak salah kan? so, apa yang nak dirisaukan lagi? teruskan.. maju kehadapan.. jangan pernah pandang belakang congkak.. haha..
#tidak ada perkara yang mudah untuk dilakukan didalam dunia ini tanpa adanya USAHA..
"ilmu pelita kehidupan" = ilmu adalah penyuluh masa hadapan.. tiada ilmu gelaplah dunia ini.. tanpa ilmu mungkin tidak akan tercipta lampu sebagai cahaya yang menerangi kegelapan malam..

kata-kata semangat untuk kita-kita ; yang nk praktikal tak lama lagi..
#jom create ABM yang terbaik.. bak kata lecture saya; nak tarik minat murid kita mesti be more creative.. #dalam bermain mereka belajar?? how.. just create something new.. budak2 mesti suka.. ahha biar tidak tahu melayan karenah budak,, janji kita dah cuba sedaya upaya tarik minat mereka.. xsuka tp buat2 suka, kadang2 hypokrit itu perlu tau.. haha..
dan sebenarnya.. "dalam keterpaksaan, pasti akan timbul keikhlasan".. untuk permulaan memang ianya agak susah tapi, jika ia berterusan dan ada penambahbaikan pasti akan menjadi lebih mudah nanti..
#jangan beri tekanan pada mereka #rotan jgn sesekali.. #terapkan nilai kasih sayang pada mereka..

we can do it,

dont just leave it,
get it, and,
the
p/s emy bribip
apa-apa pun kita mesti pastikan objektif rancangan pengajaran kita itu tercapai dan berhasil..

#be more creative.. okay??

what is happening??

15th September 2013-09-15 (it was a gloomy morning)

This morning i read a newspaper. It was about children abused! The children died because they are touchered by her maid. How heartless they are.

I was very affected with this little cute baby, Nur Sofea Insyirah. She was touchered by her maid. There was a blood clout in her head.
What is happening in this old world??
The maid who is suppose to take care the baby dare to toucher her. Why the careless parent do not notice the changes on the baby. Pure the baby.

p/s
kes kanak-kanak didera sangat membimbangkan
this thougt me to not have a maid
to take care my babies when i have married.

ketahuilah segalanya mempunyai batasan


dia beri, kita ambil.. dia minta, kita beri.. itu barulah adil.. :)

#pengalaman mendewasakan kita, jauh disudut hati berteriak seakan mahu pergi jauh dan tidak mahu kembali lagi.. sejenak terfikir.. apakah diri ini hanya boneka.. untuk bergelak tawa.. mungkin tidak akan siapa pun yang percaya.. diri yang sememangnya nampak seperti tiada apa-apa sebenarnya mempunyai begitu banyak makna yang tersirat didalamnya..
ya.. ya..

bak kata pepatah dari seorang ilmuan Elbert Hubbar "Bagi mengelak dari dikritik, jangan bercakap apa-apa, jangan lakukan apa-apa, jangan jadi apa-apa"

tapi?? bagaimana?? mengapa tidak?? mengapa jangan?? haruskah begitu?? pilihan ditangan kita.. kita yang menentukannya.. tiada siapa yang boleh menghalang kita dari berbuat sesuatu melainkan dengan izin allah s.w.t.. 

Percayalah..
Angin selalunya membelai dan jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.. lalu, ia akan cuba untuk menghindari dan terus menghilangkan diri..

from emy bribip : jangan pernah berdiam diri.. jangan pernah tidak melakukan apa-apa.. dikritik itu tidak salah, dihina itu tidak salah, dimaki itu tidak salah.. mana mungkin tidak ada seorang pun manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.. "makan cili rasa pedasnya,, perah otak dapat hasilnya.. jangan pernah berputus asa, hanya kerana dia berburuk sangka".. 

#orang yang tidak normal sahaja yang; tidak berbuat apa-apa, tidak bercita-cita, duduk diam hanya berfikir sahaja tanpa meluahkannya..
hey.. akal ada,, pakailah..!! kawan ada,, apa guna..
komunikasi itu penting untuk mewujudkan interaksi 2 hala (barulah kita akan saling faham memahami)..
#kalau pendam rasa dapat apa?? apa hasilnya?? hati sakit, mata pedih, hidung berair, otak serabut.. hendak bagaimana lagi?

wahai hati.. sedarlah bahawa hidup ini hanya pinjaman dariNYA..
#berburuk sangka itu tidak baik,, be positive..

maafkanlah

mengapa harus begini?
tidak mahu aku persengketaan ini..
masalah hati?? memang sukar diatasi.. tidak tahu bagaimana untuk ekspresikannya..
arghh.. bilakah ianya mahu berakhir??
tidak.. tidak.. aku hanya mahu memiliki hati yang ikhlas.. dan seikhlasnya..
mengapa harus berpura jika tidak suka.. mengapa harus bergembira jika hanya untuk bermuka..
kau kawan, kau sahabat, kau lah segala-galanya..
maafkanlah aku wahai insan yang bernama sahabat..
there will be always have happiness and the happiness akan hadir billa kita yang cuba created..


Friday 13 September 2013

redah malam

13 sept
seronok sangat :
kita satu malam ni berjalan,, 
awak drive,, kita penumpangnya..
awak nyanyi,, kita dengar jer.. oh.. sweet nyer.. haha
mm.. our planning tadi tiba-tiba bertukar.. 
sebab.. kita dah mula ngatuk.. sorry ye awak.. huhu..
lepas melalak tadi.. suara pon dah xde.. betul2 pecah.. mata pon dah betul-betul layu dek ditampar-tampar angin malam yang sepoi-sepoi.. haha

# credit to amalina

peristiwa itu

4 tahun yang lepas :

Ianya terlalu mengejut..!!
Bagai nak gila, tidak lama selepas dapat khabar dari qirien, dan sekali lagi menerima panggilan telefon daripada ana.. Katanya echam kemalangan! Maka mereka bergegas ke tempat kejadian.. Tapi aku? tiada daya.. :'(
“echam meninggal dunia ditempat kejadian (ulu yam) dan seorang lagi rakannya meninggal dalam perjalanan ke hospital".. aku kaku ketika menerima berita itu.. Ia terlalu sukar kerana dalam ketika itu juga aku baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan aku masih lagi tidak berdaya untuk berjalan malah berlari.. dan apa yang aku mampu hanya berdoa agar kau selamat disana dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. :')
dan selepas kejadian yang menimpa echam.. aku mula sedar,, bahawa kematian sangat dekat dengan manusia tidak kira berapa usia kita dan dimana jua kita berada..

#takenote
“rugilah jika kita terlalu leka dengan nikmat dunia hingga abaikan persediaan ke alam kekal kelak"

Friday 6 September 2013

yesterday..!!

mula dari hari ini.. kita dah kena mula untuk menulis diary "in english!!-miss farhana".. alhamdulillah.. seronoknya dah dapat assignment.. assignment 1, its our project for children literature.. wowo.. how ist happen?? i cant.. aduh betul2 tak boleh percaya.. macam mana nk tulis diary dalam bahasa inggeris.. haish.. memang bantai rojak la der.. huhu.. sodeh betul.. sob sob.. #someone..!! please help me..!! huhu

ya.. ya.. ya..
nevermind.. i will do it by myself.. yes.. practise make perfect.. so,, inilah cabarannya.. ada bran?? haha #cuba lakukan yang terbaik.. ye la.. bila lagi kalau bukan sekarangkan.. so.. the first chance aku dah fail.. sebab aku mengarang sekarang ni pun dlm bahasa melayu.. dan ini pun masih dikategorikan bahasa melayu rojak pasar.. haiya.. teruk betul..!!

ha!! oleh yang sedemikian rupa.. maka.. terlantiklah seseorang bagi mengutip 20 cent setiap orang yang mengeluarkan sepatah perkataan dlm bahasa melayu.. bukan ceti tapi emy.. oh yeahh,, ini terbaik.. dan #akulah orangnya.. haha seriuosly aku memang giler dengan duit.. heh!! bukan mata duitan atau materialistik.. tapi mmg sejak azali manusia memamg suka duit.. ini sebab no money, no talk la kan.. haha.. dey nk masuk jamban pon sekarang dah 30 cent sekali masuk der.. harga minyak pon dah naik untuk 1 litre 20 cent.. air teh tarik pon naik.. melampau betol.. eer.. mmg boo-do betol.. haish..  ceh.. barang2 semuanya naik.. inikan pula kita yang makan xhenti2 ni.. duit bukanlah untuk segala-galanya.. tapi untuk segala-galanya kita perlukan duit.. xde duit xboleh hidup woo.. nak nak pulak di zaman serba canggih 2013 ni.. haish.. rm3000 sebulan pn xcukup der nak sara ank bini..

so, berbalik kepada cerita kita tadi.. mengenai apa ye??
ha.. tu..
pasai kena tulis diary.. "oh, my english" mmg hancur lah diary aku kali ni.. huhuhuhu..
wowowo.. hari dah lewat pagi rupanya.. tik tok tik.. masa untuk tidur pula.. okay.. 1,2,3 switch off the light..!! zzzzzzzzzz Krooh krooh..

ketemu MATAHARI


#mengadu damba..

kepada bintang :
hallu bintang..
bintang,, bintang..!! aku jumpa matahari hari ni.. yeeyy happy sangat tau.. mm,, walaupun sekejap je tapi dapatlah juga lepas rindu.. bintang.. bintang.. kalaulah matahari tak terbenam kan,, mesti aku dapat jumpa matahari tiap2 hari.. waktu tu,, akulah orang yang paling bahagia.. haha.. i miss him,, lot of RINDU.. dan berharap die pon begitu.. :* huhu

kedinginan MALAM

SELAMAT MALAM AWAK :)

lagu ini ku tuju untukmu..
angin malam sampaikan rinduku..
agar dirinya tahu.. :')
seronok rasanya hari ini.. usha sana usha sini haha.. jeling-jeling.. i miss u  M.N.D.. :D 

Thursday 5 September 2013

Adik baby nyna along sayang


baby adik along #lot of RINDU
tak saba rasanya along nk balik "rumahku syurgaku",, nak jumpa adik nyna and nak bawa adik jalan-jalan ronda key ell.. yeey..!! hehe.. adik.. tunggu along balik ye.. hehe.. rindunyer kat die..

adik,, adik.. along sayang adik.. ketat-ketat tau.. bak kata adik.. "baby sayang along banyak ni!!" (sebesar depa tangan die haha.. dr kecil sampai la dah besar ni pon masih benda sama yang di ulang).. sayang adik kat along xpernah berubah.. :) justeru itulah yang membuatkan along bertambah hari bertambah sayang kat adik along ni.. adik, adik.. 

#ADIK  maafkan along yee.. sbb selalu marah xtentu pasal.. along tak sengaja.. mungkin  sbb along dah biasa treate semua adik2 along macam ni kut.. along selalu marah2, ngamok2.. along ni betol2 teruk.. maafkan along ye adik.. mm.. x tahu la dik.. semenjak adik dah besar ni,, adik dah makin nakal.. adik xmacam dulu lagi.. along jadi tambah geram dengan adik.. "baby seekarang dah degil,, x dengar ckp along dah!!".. bby behave yourself please..

dan walaumacammanapun,, air dicincang tidak akan putus.. dan begitu juga kita adik beradik.. lagikan lidah lagi tergigit,, inikan pula kita adik beradik.. kn kn.. :)
*walaupun nmpak mcm k.long xendah2kan adik2 yg lain tp syg along kat adik2 k.long yg lain sama je.. xde yg lebih xde yang kurang.. nadia, mimi, ika, alif, putri, bby nyna you are my adik sampai terputusnya nyawa dikandung badan.. terlerailah segala ikatan.. dan ketika itu pergi tak kan kembali.. sehingga kita berjumpa lagi di akhirat sana :)