Kelebihan
#wanita
#BETUL KE ..
eh !!!
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini..
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai..
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
confirm tak tahan bertutup semua.. an an..
tapi, perempuan cool jerrr..
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit (tp aku.. ntah la, se jer haha)
nak pergi kelas pon susah..
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr..
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit..
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit
tiap-tiap bulan, survive jerr..
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun
tak perasan yang dia sakit..
hebak gile..!!
hebat kan perempuan?
Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut gile..
woi sensitif woi (dlm masa yg sama ade juga laki yg sensitif ngalahkan perempuan haha)..
cuba tengok orang putus cinta..
selalu perempuan yang paling susah nak lupa..
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru..
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan..
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
nampak tak?
lembut tak lembut hati perempuan ni.. (hati perempuan mudah sgt terusik)
hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai
perempuan yang merajuk dengan Allah..
diorang cakap, Allah tak adil.. kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah..
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah
macam nak jaga seorang anak perempuan..
Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai
perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak..
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan,
'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki..
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan
janji manis kekasih yang busuk hati..
kesian kan dekat perempuan?
Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup
rosakkan diri sendiri..
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil..
persoalannya sekarang?
Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak
di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami..
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih
utama daripada ayahnya..
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum
perempuan..
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya..
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri.. (arh payung emas tak payung emas.. kalau aku dpt tahu kau pasang bnyak aku tak teragak2 langgar kau.. langgar pastu lari)
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang
lelaki tu..
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki..
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang
perempuan tu..
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?
Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan
mereka hebat..
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang d radio..
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki..
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan
dikasihi macam tu sekali dekat dunia..
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil pd perempuan..
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni..
perempuan senang nak masuk syurga..