Saturday 29 November 2014

Perkaitan seorang chef dengan sebuah hubungan

Cerita seorang chef : chef ni semestilah tukang masak right... haa nk tahu? chef... bila memasak.. bila menghidang makanan.. dia inginkan kepuasan.. dia akan berasa puas dan gembira bila masakannya digemari ramai.. jadi.. untuk mendapatkan kepuasan mstilah dia ikhlas dalam memasak masakannya.. ditambah pula sedikit penambah rasa untuk menambahbaik masakannya.. bertambahlah mengancam masakannya.... haaaa kalau nak tahu.. begitu juga sebuah hubungan.. jika mahukan kepuasan dalam perhubungan.. hati perlu ikhlas dan jika ditambah dengan perasa yang ada dalam sifat seseorang yang #setia #kawan #bukan #memanfaatkan pasti tiptop,, gedevaz gitu..... jadi.. untuk penilaian keseluruhannya.. fikirlah sendiri... awak dah besar.. ada otak jaga.. ada akal guna.. terlajak perahu boleh berundur, tapi kalau terlajak kata badan yang binasa beb.. heyy.. buah kedondong, buah ceri.. selamat siang, jumpa lagi. Sekian

Friday 28 November 2014

Mengemis rindu

Dikeheningan pagi sepi..
Dalam kau tidak sedar.. apa yang bermain didalam fikiran! apakah yang bermain didalam hati! 
tiada sesiapa yang memahami.. ia tidak seperti yang kau mahukan walau selautan curahan..
ia bergerak seperti pirana yang berada dalam perut yang ingin membebaskan diri.. yang ingin menembuskan dinding yang menjadi batu penghalangnya untuk keluar bebas..
dengan tajamnya durinya.. dengan lajunya pergerakannya.. 
ia menjadikan diri semakin tidak selesa..
ingin saja turutkan hati.. 
turut jejak langkahmu.. 
walau ke mana saja pergi.. 
tulus hati.. 
semakin kau mengingati, 
semakin menebal rindu itu..
 janji tidak ikhlas.. janji dicapati..
ia seperti makanan.. bila lapar cari.. jika tidak nyah dari sini..
dan sekarang ia sudah tidak berguna lagi
jangan dicari!
tiada apa yang perlu disesali..
 #moga berbahagia

Saturday 25 October 2014

menuju ke arah yang lebih baik

Kisah bunga tahi ayam

Teruk lah nama bunga ni ! uueekkk
Wujud juga rupanya bunga tahi ayam? ==’
agaknya bunga ni di berak ayam.. atau.. mungkin juga bunga ini seburuk punggung ayam.. hahaha  mungkinkah bunga ini sebusuk tahi ayam? eeuuu
tapi
Itu hanya andaian.. itu hanya penilaian mata..
jangan pandang sebelah mata!
Bunga ini ada bagusnya
Bagus untuk ayam, untuk pandangan mata juga
Walau namanya teruk namun bunga ini tetap kelihatan cantik
Warnanya merah
Siap ada madu lagi
Walau taklah semanis madu lebah yang original kan..

Bunga tahi ayam
Baik untuk haiwan
Baik juga untuk mata kita
Nampak macam bunga ni tak berguna kan?
Nak tahu tak? Kisah bunga tahi ayam ni..
Bunga tahi ayam yang tak siapa nampak.. yang tak siapa peduli ni..
Masih punyai cita-cita..
Ternyata dalam diam sedang menggapai dan sedang mencapai..
Dan tak semudah itu akan mengalah..
Sedaya upaya bunga ini akan bangun..
Dan terus maju
Takkan pernah undur
Takkan pernah ke belakang
Sedarkah?
Sedarkah?
Bunga yang sering dipandang rendah
Bunga yang sering diperkecilkan ini
Sedang membesar dan sedang merempuh onak duri
Bunga tahi ayam tidak lagi takut

Bunga tahi ayam akan terus segar mengaburi mata mata dan 
akan terus bangkit menuju ke arah yang lebih ! lebih ! baik.. 

Thursday 21 August 2014

sarung akal


Otak pula adalah sarung kepada akal..
serupalah macam sebilah keris.. kalau takde sarung gamaknya selamat ke keris tu..?? eeeeehh japp.. 
selamat ke orang yang ada depan kita tu.. Percaya atau tidak? cuba pegang keris tanpa sarung bawa ke hulur kehilir.. gamaknya apa perasaan/tanggapan orang sekeliling? seronok ke? takut ke? seram ke? eh dia ni gila ke? weii macam sedang mencari mangsa?? walaweii.. ha macam tu la 
#fikirlahsendiri

Peringatan!
#benda tajam jangan buat main
#kepala adalah pemegang amanah #menjaga dan pendamping otak
#jangan pernah cuba hantuk kepala didinding, dilantai atau cuba mengapa-ngapakannya.. adegan ini patut dihindari
#hati-hati jangan sampai ada yang terluka lagi

alamak!! dah lambat.. my mom is come.. go back now.. sambung nnti eeeeeeeaaa daaa assalammualaikum

Saturday 16 August 2014

Sleeq - Tepi Sikit Feat. Joe Flizzow [Official Music Video]

Tolong tepi sikit (shuh shuh jangan diganggu jalan aku)
sikit tak boleh ke..!! (mulut menyenget dengan muka yang menjengkelkan)
tepi sikit (suara terik)..
sebelum aku naik bingit.
sebelum aku naik senget..
aku tak sanggup tahan buat selamanya..
aku sedia..
aku sentiasa sedia..
datang..
pergi..
aku dah biasa :)
hahahaha (gelak besar)

Wednesday 9 July 2014

Ini malam

Ia menjengah masuk.. jendela terbuka.. angin sepoi sepoi terasa.. huhh.. Perasaan apakah ini.. perasaan apa yang menyingkap hati ni.. degup jantung ini.. nafas tiba rasa terhenti... subhanallah.. rinduu.. sungguh aku rindu.. rindu si cinta hati

Monday 7 July 2014

Penantian

Penantian..
bukan sekadar penantian..
Penantian kali ini diharap tidak lah sia sia lagi.. hati ini, ia sudah cukup masak.. setelah digoreng.. dicampur bawang.. lada.. garam.. dan dengan bermacam lagi bahan perasa dan rempahnya..setelah rencah rencahnya juga hampir siap dan menjadi.. hanya tinggal beberapa langkah saja lagi untuk dihidangkan..

Namun.. ternyata masih ada lagi yang tidak kena dengan rasa hati ini.. mungkin ramuannya, rempah ratusnya, tidak cukup atau hati ini yang sudah busuk dan tinggal saja untuk dibuang.. sungguh tidak terjangka.. hati ini ditinggalkan begitu saja, didalam kuali dengan apinya yang masih tidak terpadam..

Beberapa lama kemudian.. hadirlah dia chef sebenar.. dia telah mengorak langkah ke depan dengan mengambil hati ini, direbus dan direnehnya semula sehinggalah ia benar benar masak dan sedia dihidangkan untuk santapan bersama.. chef ini berkaliber dan sangat kuat bekerja..

sungguhpun dia tidaklah seperti yang lain suatu ketika dahulu sentiasa ada ketika perlu dan sentiasa memerhati perilaku diri ini.. namun dialah chef cinta hati aku..
Perlahan-lahan aku cuba kenali dirinya.. biar lambat janji selamat.. kan kan!!
#en.cinta

Tuesday 29 April 2014

Harapan


Sekian lama mendiam diri, kini muncul dengan harapan.
Harapan ! Apakah harapan itu? 
Apakah harapan yang mungkin menjadi nyata atau sebaliknya.
Kehidupan ini terkadang itu agak bersifat keterlaluan tetapi daripada sifat keterlaluan itulah kita menjadi lebih matang dan bersedia menerima segala kemungkinan.
Harapan ini dibina bukan untuk bersahaja malahan ini mungkin menjadi permulaan bagi aku.
“Permulaan yang baik dan pengakhirannya juga insha allah baik”.
Bersyukurlah dengan apa adanya

#Kebahagiaan bukan semata-mata@bukan untuk diuji tetapi untuk dinikmati.

Warna Cinta

Warna cinta

Merah dan biru. merah dan biru adalah warna asas yang mungkin akan dicampur untuk mendapatkan warna sekunder iaitu ungu (suatu hari nanti) tak menyangka merah bertemu biru (31 mac 2014-Usr). setelah beberapa lama merah menyepi tanpa cerita cinta. Kini, dengan harapan baru biru. Merah bangun dan tidak menangis lagi. Bukan, bukan merah segaja meninggalkan dan melupakan hijau. Tapi merah dan hijau tak mungkin menyatu! Merah tidak tahan, merah tidak mampu menunggu tanpa sebarang kata. Merah marah! Tapi apalah daya merah hanya seorang wanita yang tak mampu berbuat apa. Merah mendiam diri, merah tidak mahu mengganggu lagi. Tapi tidaklah mengapa. We still friend right? We still friend right? You are my best friend.. my best friend.. forever (bff). What? That moment yes..! it will be memorable. I will gonna miss that moment to. Malam tu. Kita semua memang gila. Eh bukan kita! kau orang lah! Jingga, hijau, merah dan kelabu. Haha. Malam tu, malam tu kita berlari berkejaran. Seronoknya hati ini. Girang tak terkata. Its funny, its crazy. Trimas kawan i wont never forgot.
But now i have biru. Biru adalah segalanya bagi merah. Now! Merah cuba untuk menyayangi biru seikhlas hati ini. Merah terima apa adanya. merah bersyukur. moga jodoh merah dan biru berpanjangan. Insha allah

Allah itu :
Maha mendengar
Maha melihat
Maha adil


Aku sayang kau ALLAH <3 semuanya kerana kau. merah tidak lagi menangis. Alhamdulillah. Kepadamu aku bersujud insha allah

#Biru untuk en.cinta

Tuesday 22 April 2014

grow up

Bertudunglah walau terpaksa,
solatlah walau terpaksa
puasalah juga walau terpaksa
kerana kewajiban itu memang kadangkala sifatnya "terpaksa"
dan dari itu keterpaksaan itu perlahan-lahan kita menemukan hikmah
dan akirnya hati kita menjadi ikhlas..
bila
bila lagi?
nak tunggu apa lagi??
sampai bila?
sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
hidayah itu perlu dicari bukan dinanti(ditunggu)
ibaratnya macam makanan!!
"kalau kita tak suap makanan(nasi) ke mulut agak-agak masuk tak makanan(nasi) tu dalam mulut"!!
#fikir dan renungkanlah

aku hanya manusia biasa

Hey manusia..
kalau hujan kau mengeluh
kalau panas pun kau mengeluh
apa sahaja yang kau lakukan pasti kau mengeluh!!
tidakkah ianya membuat kau merasa TERUK
mengeluh mengeluh dan kau sering saja mengeluh
apa sebenarnya yang kau mahukan!!
alahai manusia!!
terima sajalah apa adanya!
#bersyukurlah

tidak rugi bagi seseorang itu yang bersikap berprasangka baik dan sentiasa berfikiran positive
yes yes #diri ini bukan malaikat yang sentiasa berbuat baik,, tapi diri ini cuba untuk menghindar dari di golongkan dalam golongan syaitan nirojim
#insha allah

Sunday 6 April 2014

He's my kapten

Dont force someone to remember you all the time..
just silent and let them realize how will they be without you in their life..


your heart is my home.. warm, cozy and nice!
its the only place i love to be in..
morning, noon and night..
i love you capten ;) <3
only you
and he's you :*

Friday 4 April 2014

begitu cepat

Percaya atau tidak.. #masa berlalu dengan begitu cepat,
begitu juga awak yang mudah saja berubah
mudah menyayang mudah menghilang
benci benci benci
tak terdaya hati ini
:) tidaklah mengapa
tidaklah mengapa
aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau
patah tumbuh hilang berganti
sekian

Saturday 15 March 2014

Bicara hati

Hati yang selalu saja disakiti
Hati yang selalu saja bersedih
Hati yang tidak pernah keruan
Hati yang sentiasa menanti
Tapi kini
Tidak lagi
Yakni, aku akan pergi dan tidak akan kembali
"Patah tumbuh, hilang berganti"
Selamat tinggal arjunaku
Aku pergi bukan kerana aku benci,,
Tapi..
Kerana aku tidak sanggup lagi..
Sudah pasti kau sudah ada pengganti
dan sudah semesti kau akan gembira menjalani kehidupan tanpa aku disisi
Sudah pasti kerana kau sudah tidak menghiraukan aku lagi..

#titik
(hanya coretan #tiada makna yang tersuarat/tersirat)

Friday 14 March 2014

percaya atau tidak

Masa berlalu dengan terlalu cepat, semuanya sudah berubah..
semuanya..
tapi perlukah begitu?
mengapakah perlu aku?
mengapa aku juga perlu tanggung itu?
mengapa tidak dari dulu kau bilang tidak/jangan mendekat..

dan sekarang..
aku sudah mula lali
aku sudah mula muak

betul kata hati ini,,
sejak pertama berjumpa lagi
kau hanya bermain
kau hanya bilang suka didepan bukan dihati
tergamak kau perlaku begitu
tergamak juga kau menyakiti
salahkah aku
salahkah aku mahukan jawapan itu

tidaklah mengapa jika begitu
biar aku pergi mencari sesuatu yang baru :')

aku

walau dimarah tidaklah mengapa..
walau tidak disukai tidaklah mengapa
itu kerana aku sedar siapalah aku..

aku tidak punyai apa.
semuanya buruk #tentang aku

walau sedemikian aku masih punyai harga diri
aku juga punya maruah diri
aku juga tidak suka dicaci
walaupun nampak aku ketawa seperti orang hilang..
itu tak pasti lagi hati aku bagaimana..
meskipun aku tak menunjuk lama
tapi jangan lah kau sesekali menyakiti hati ini lagi..

#pedih #perit #pahit

Sunday 16 February 2014

ianya sakit

walaupun hanya sekejap tapi ia amat sakit
entah mengapa,,
entah mengapa hati ini sakit bila memikirkannya..
bersama dan bersatu??
kita bersama tapi mungkinkah kita bersatu?
itu??
kehendak ilahi..
jika ia untuk kita,, pasti ia akan kembali..
mungkin kembali menceriakan hati,, mungkin juga kembali dalam mendukakan hati..
dan mungkin ia akan pergi tidak kembali lagi..
tapi itu tidak mengapa..
walaupun rasa sedih itu sangat mencekam jiwa..
tapi itu tidak mengapa..
janji biarlah dia bahagia..
sedih hati ini  bila tahu dia sudah berpunya,,
tiada siapa yang tahu..
air mata ini tidak sanggup menahan diri lagi..
ia bercucuran dan terus bercucuran..
entah mengapa..
sedih hati ini memikirkan dia..
tapi,, itu juga tidak mengapa..

tidaklah mengapa,, bersabarlah wahai hati yang terluka

Monday 3 February 2014

saat itu

Ianya lebih bermakna,, tenang jiwa ini setelah mendekatkan diri.. aku sangat menyayang dan mencintaimu.. tiada yang lain hanyalah kamu.. aku yang sekarang bukan lagi yang dulu.. aku sentiasa merinduimu.. dekat dengan mu membuatkan hati aku lebih bercahaya.. aku tidak lagi kesunyian.. terbongkar segala rahsia (dalam perut je) hanya padamu.. oh indahnya rasa.. rukuk kepadamu, melihat ada sinar untuk terus maju.. sujud kepadamu hanya kamu yang satu.. sesungguhnya mencintaimu adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga.. alham du lillah aku bersyukur di atas segala nikmatmu :’)

Thursday 16 January 2014

Sekian lama

Setelah sekian lama.. ternyata aku amat merindui saat itu.. senyummu, matamu,, suaramu itu.. kerinduan itu membuatkan hati bertambah sayu dan aku semakin tak keruan memikirkan hal kamu..
Tetapi dalam masa yang sama aku sedar,, siapalah aku ini.. apalah yang aku ada..
Ini semua kerana hati.. hanya hati..
tidak dapat aku nafikan yang diri ini masih lagi menagih kasih darimu.. kasih yang tak mungkin aku miliki..

Wednesday 8 January 2014

kisah aku tidak terhenti disini

Dia
dia bukanlah sesiapa
dia bukan seorang yang ternama
dia juga bukan tokoh yang terkenal di dunia
dia??
magic tiada..
eh..!! tidak mengapa..
bukan itu yang aku mahu..

perlu diingatkan
sebuah perhubungan tanpa ada ikatan 
tidak akan ada kata putus..
tidak akan ada tautan..
tidakkan pernah bersama..
apatah lagi jika ingin bersatu..

pernah beberapa kali hati ini tertaut..
tapi tidak sama dengan yang ini..
rasa terbela..
rasa disayang,,
rasa dihormati 
rasa dihargai..

namun..
ia sekali lagi mengguris hati..
rasanya sungguh dasyat.. 
itu kerana perasaan ini,, 
sudah mula berputik..
sudah mula menyayangi.....

usahlah dipermain lagi.. 
usahlah diberi harapan lagi
usahlah..!!
usah..!!
sakitnya hati tiada siapa yang tahu..

sekian lama hati ini tidak merasa keperitan itu..
di tipu.. 
dengan bermacam helah..
aku sudah lali
bukan tak tahu
diri ini
hanya
tempat bersuka
menghibur hati yang lara..

berulang kali telah ku cuba..
diamkan diri.. 
namun,,
aku tak terdaya..

usah di fikir..
usah ditangis..
usah diingat lagi..
lupakan semuanya..
kenangan lalu..

tutuplah hati ini..
jangan dibuka lagi..
lupuskan semuanya (recyle bin)

bersaksikan bintang
bersaksikan bulan
hati ini tidak mungkin kan termiliki..

Sunday 5 January 2014

aku bukan novelis

Tenangkan hati,, kosongkan minda.. apakah ini? Haa na tahu jom layan.. haha harap taklah membosankan.. peace yoo..
Let read

Terlihat beribu bintang dilangit.. terdetik di hati “jikalau dapat ku petik alangkah bahagianya diri”. Tetapi dalam beribu bintang,, kau bulan yang sentiasa menerangi bumi.. ternyata kau jugalah yang bumi cari.. ini kerana hanya kau yang mampu menerangi kegelapan malam di bumi..

???



“Kenapa dengan bumi..? agaknya keraknya sudah semakin menipis.. aduh perit rasanya.. “bumi?? kau sedih??” “Haha eh tidaklah”.. “mm bumi dan bulan tiada apa-apa hubungan,, we just friend” (bermonolong sendiri).. dah jangan difikir lagi..
“bulan.. Aku sayang kau.. janganlah kau pergi tinggalkan aku” (air mata yang ditahan di pertengahan jalan tadi mula jatuh berciciran.. lalu dikesatnya).. sshreeeh hidung berair.. “alamak..!! kain kesat hidung aku mana”? coii meleleh tak henti lah.. L
“apa lagi yang kau mahu tahu bumi??” kata bulan.

bumi terlalu mengharap.. itulah sebabnya hati bumi sakit/sedih? perasaan yang bercambur baur,, entah mengapa bumi berperasaan begini.. bumi bumi.. apa nak jadi dengan bumi ni.. sudahlah bumi jangan main tarik tali lagi.. biarkan dia dengan hidupnya.. bintang-bintang dilangitkan masih ada,, ia pun sanggup untuk menerangi malammu (bumi menagis teresak-esak sambil memandang bintang-bintang yang berkerdipan)..
tak dapat bumi bayangkan jika bumi dan bulan tidak ditakdirkan untuk bersama.. sudah pasti bumi merasa sedih yang teramat sangat.. :’( “peritnya hati ini”. Kata bumi lagi..
tidak terjangka hati bumi yang berkerak sudah  mula ditumbuhi dengan kehijauan dedaunan.. tetapi.. malang sekali si bulan pula menjauhkan diri..
begitulah nasib si bumi, akhirnya si bumi membuat keputusan untuk pergi dan hatinya yang berkerak itu terus mekar dengan kehijauan dedaunan dan ditumbuhi bebunga yang begitu indah..

walaupun bumi dan bulan jauh tetapi perasaan dekat itu sentiasa ada.. bagaimana ini boleh terjadi?? Tiap malam bulan pasti muncul.. ini yang membuatkan bulan tak pernah dilupakan.. oh bulan.. mengapa kau perlakukan bumi sebegini.. tolonglah pergi dengan harapan itu....... dan jangan pernah kembali lagi,, sungguh sakit hatinya.. 

ahha begitulah al-kisah si bumi dan si bulan..
sekian :)