Friday 20 September 2013

banyak cantik muka kau

ada nampak ilmu datang bergolek?? tapi.. ilmu datang disuap ada tau..!! ingat lagi tak? time kat sekolah dulu..

entah pape betol.. (homework) bila disuruh siapkan dirumah.. katanya letih.. katanya xde masa.. eh?? pagi pergi sekolah.. petang takde buat apa-apa.. masa kat dalam kelas.. sesi p&p belangsung.. 
soalan cikgu bagi,, jawapan pun cikgu suap.. letih apa?? tulang 4 kerat takde pun kegunaannya.. otak pula tak pernah pun guna untuk berfikir.. semua cikgu suap.. eh?? kata je la malas..!! ish.. teruk kan.. (nasib lah makan tak perlu bersuap)

abah and mama pula.. suka tak suka, mereka kena tanggung kita juga.. walau kita 7 orang semuanya.. tapi apa kita nak tak pernah diabaikan.. sebab itu tanggung jawab mereka.. keperluan kita, kehendak kita.. ye la.. walaupun terkadang tu tak lah semuanya kita minta kita dapat.. tapi sekurang2nya makan pakai kita terjamin.. itu pun dah cukup baik dah.. 

Sinopsis : petikan ini berkisarkan seorang pelajar dan anak yang tidak tahu MENGENANG JASA.. dan tidak pernah tahu apa itu erti PENGORBANAN..

(created by @emy bribip) 

be more posittive

Bagaimana rasanya mengajar kanak-kanak di tadika yee??
risau sungguh hati ini memikirkannya.. now.. kita dah sem 7.. dah akhir semester.. menghitung hari demi hari.. pejam celik pejam celik.. sekarang dah akhir bulan september dah.. 
cuak nyer.. takut?? risau?? how ist happen?? kenapa perasaan ini tiba-tiba muncul? apakah aku patut undur diri atau majukan diri?? arrrggghhhhhhhh.. really need some advises..

#orang yang berani tidak akan pernah takut untuk mencuba..
#mencuba tak salah kan? so, apa yang nak dirisaukan lagi? teruskan.. maju kehadapan.. jangan pernah pandang belakang congkak.. haha..
#tidak ada perkara yang mudah untuk dilakukan didalam dunia ini tanpa adanya USAHA..
"ilmu pelita kehidupan" = ilmu adalah penyuluh masa hadapan.. tiada ilmu gelaplah dunia ini.. tanpa ilmu mungkin tidak akan tercipta lampu sebagai cahaya yang menerangi kegelapan malam..

kata-kata semangat untuk kita-kita ; yang nk praktikal tak lama lagi..
#jom create ABM yang terbaik.. bak kata lecture saya; nak tarik minat murid kita mesti be more creative.. #dalam bermain mereka belajar?? how.. just create something new.. budak2 mesti suka.. ahha biar tidak tahu melayan karenah budak,, janji kita dah cuba sedaya upaya tarik minat mereka.. xsuka tp buat2 suka, kadang2 hypokrit itu perlu tau.. haha..
dan sebenarnya.. "dalam keterpaksaan, pasti akan timbul keikhlasan".. untuk permulaan memang ianya agak susah tapi, jika ia berterusan dan ada penambahbaikan pasti akan menjadi lebih mudah nanti..
#jangan beri tekanan pada mereka #rotan jgn sesekali.. #terapkan nilai kasih sayang pada mereka..

we can do it,

dont just leave it,
get it, and,
the
p/s emy bribip
apa-apa pun kita mesti pastikan objektif rancangan pengajaran kita itu tercapai dan berhasil..

#be more creative.. okay??

what is happening??

15th September 2013-09-15 (it was a gloomy morning)

This morning i read a newspaper. It was about children abused! The children died because they are touchered by her maid. How heartless they are.

I was very affected with this little cute baby, Nur Sofea Insyirah. She was touchered by her maid. There was a blood clout in her head.
What is happening in this old world??
The maid who is suppose to take care the baby dare to toucher her. Why the careless parent do not notice the changes on the baby. Pure the baby.

p/s
kes kanak-kanak didera sangat membimbangkan
this thougt me to not have a maid
to take care my babies when i have married.

ketahuilah segalanya mempunyai batasan


dia beri, kita ambil.. dia minta, kita beri.. itu barulah adil.. :)

#pengalaman mendewasakan kita, jauh disudut hati berteriak seakan mahu pergi jauh dan tidak mahu kembali lagi.. sejenak terfikir.. apakah diri ini hanya boneka.. untuk bergelak tawa.. mungkin tidak akan siapa pun yang percaya.. diri yang sememangnya nampak seperti tiada apa-apa sebenarnya mempunyai begitu banyak makna yang tersirat didalamnya..
ya.. ya..

bak kata pepatah dari seorang ilmuan Elbert Hubbar "Bagi mengelak dari dikritik, jangan bercakap apa-apa, jangan lakukan apa-apa, jangan jadi apa-apa"

tapi?? bagaimana?? mengapa tidak?? mengapa jangan?? haruskah begitu?? pilihan ditangan kita.. kita yang menentukannya.. tiada siapa yang boleh menghalang kita dari berbuat sesuatu melainkan dengan izin allah s.w.t.. 

Percayalah..
Angin selalunya membelai dan jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.. lalu, ia akan cuba untuk menghindari dan terus menghilangkan diri..

from emy bribip : jangan pernah berdiam diri.. jangan pernah tidak melakukan apa-apa.. dikritik itu tidak salah, dihina itu tidak salah, dimaki itu tidak salah.. mana mungkin tidak ada seorang pun manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan.. "makan cili rasa pedasnya,, perah otak dapat hasilnya.. jangan pernah berputus asa, hanya kerana dia berburuk sangka".. 

#orang yang tidak normal sahaja yang; tidak berbuat apa-apa, tidak bercita-cita, duduk diam hanya berfikir sahaja tanpa meluahkannya..
hey.. akal ada,, pakailah..!! kawan ada,, apa guna..
komunikasi itu penting untuk mewujudkan interaksi 2 hala (barulah kita akan saling faham memahami)..
#kalau pendam rasa dapat apa?? apa hasilnya?? hati sakit, mata pedih, hidung berair, otak serabut.. hendak bagaimana lagi?

wahai hati.. sedarlah bahawa hidup ini hanya pinjaman dariNYA..
#berburuk sangka itu tidak baik,, be positive..

maafkanlah

mengapa harus begini?
tidak mahu aku persengketaan ini..
masalah hati?? memang sukar diatasi.. tidak tahu bagaimana untuk ekspresikannya..
arghh.. bilakah ianya mahu berakhir??
tidak.. tidak.. aku hanya mahu memiliki hati yang ikhlas.. dan seikhlasnya..
mengapa harus berpura jika tidak suka.. mengapa harus bergembira jika hanya untuk bermuka..
kau kawan, kau sahabat, kau lah segala-galanya..
maafkanlah aku wahai insan yang bernama sahabat..
there will be always have happiness and the happiness akan hadir billa kita yang cuba created..


Friday 13 September 2013

redah malam

13 sept
seronok sangat :
kita satu malam ni berjalan,, 
awak drive,, kita penumpangnya..
awak nyanyi,, kita dengar jer.. oh.. sweet nyer.. haha
mm.. our planning tadi tiba-tiba bertukar.. 
sebab.. kita dah mula ngatuk.. sorry ye awak.. huhu..
lepas melalak tadi.. suara pon dah xde.. betul2 pecah.. mata pon dah betul-betul layu dek ditampar-tampar angin malam yang sepoi-sepoi.. haha

# credit to amalina

peristiwa itu

4 tahun yang lepas :

Ianya terlalu mengejut..!!
Bagai nak gila, tidak lama selepas dapat khabar dari qirien, dan sekali lagi menerima panggilan telefon daripada ana.. Katanya echam kemalangan! Maka mereka bergegas ke tempat kejadian.. Tapi aku? tiada daya.. :'(
“echam meninggal dunia ditempat kejadian (ulu yam) dan seorang lagi rakannya meninggal dalam perjalanan ke hospital".. aku kaku ketika menerima berita itu.. Ia terlalu sukar kerana dalam ketika itu juga aku baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan aku masih lagi tidak berdaya untuk berjalan malah berlari.. dan apa yang aku mampu hanya berdoa agar kau selamat disana dan ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman.. :')
dan selepas kejadian yang menimpa echam.. aku mula sedar,, bahawa kematian sangat dekat dengan manusia tidak kira berapa usia kita dan dimana jua kita berada..

#takenote
“rugilah jika kita terlalu leka dengan nikmat dunia hingga abaikan persediaan ke alam kekal kelak"

Friday 6 September 2013

yesterday..!!

mula dari hari ini.. kita dah kena mula untuk menulis diary "in english!!-miss farhana".. alhamdulillah.. seronoknya dah dapat assignment.. assignment 1, its our project for children literature.. wowo.. how ist happen?? i cant.. aduh betul2 tak boleh percaya.. macam mana nk tulis diary dalam bahasa inggeris.. haish.. memang bantai rojak la der.. huhu.. sodeh betul.. sob sob.. #someone..!! please help me..!! huhu

ya.. ya.. ya..
nevermind.. i will do it by myself.. yes.. practise make perfect.. so,, inilah cabarannya.. ada bran?? haha #cuba lakukan yang terbaik.. ye la.. bila lagi kalau bukan sekarangkan.. so.. the first chance aku dah fail.. sebab aku mengarang sekarang ni pun dlm bahasa melayu.. dan ini pun masih dikategorikan bahasa melayu rojak pasar.. haiya.. teruk betul..!!

ha!! oleh yang sedemikian rupa.. maka.. terlantiklah seseorang bagi mengutip 20 cent setiap orang yang mengeluarkan sepatah perkataan dlm bahasa melayu.. bukan ceti tapi emy.. oh yeahh,, ini terbaik.. dan #akulah orangnya.. haha seriuosly aku memang giler dengan duit.. heh!! bukan mata duitan atau materialistik.. tapi mmg sejak azali manusia memamg suka duit.. ini sebab no money, no talk la kan.. haha.. dey nk masuk jamban pon sekarang dah 30 cent sekali masuk der.. harga minyak pon dah naik untuk 1 litre 20 cent.. air teh tarik pon naik.. melampau betol.. eer.. mmg boo-do betol.. haish..  ceh.. barang2 semuanya naik.. inikan pula kita yang makan xhenti2 ni.. duit bukanlah untuk segala-galanya.. tapi untuk segala-galanya kita perlukan duit.. xde duit xboleh hidup woo.. nak nak pulak di zaman serba canggih 2013 ni.. haish.. rm3000 sebulan pn xcukup der nak sara ank bini..

so, berbalik kepada cerita kita tadi.. mengenai apa ye??
ha.. tu..
pasai kena tulis diary.. "oh, my english" mmg hancur lah diary aku kali ni.. huhuhuhu..
wowowo.. hari dah lewat pagi rupanya.. tik tok tik.. masa untuk tidur pula.. okay.. 1,2,3 switch off the light..!! zzzzzzzzzz Krooh krooh..

ketemu MATAHARI


#mengadu damba..

kepada bintang :
hallu bintang..
bintang,, bintang..!! aku jumpa matahari hari ni.. yeeyy happy sangat tau.. mm,, walaupun sekejap je tapi dapatlah juga lepas rindu.. bintang.. bintang.. kalaulah matahari tak terbenam kan,, mesti aku dapat jumpa matahari tiap2 hari.. waktu tu,, akulah orang yang paling bahagia.. haha.. i miss him,, lot of RINDU.. dan berharap die pon begitu.. :* huhu

kedinginan MALAM

SELAMAT MALAM AWAK :)

lagu ini ku tuju untukmu..
angin malam sampaikan rinduku..
agar dirinya tahu.. :')
seronok rasanya hari ini.. usha sana usha sini haha.. jeling-jeling.. i miss u  M.N.D.. :D 

Thursday 5 September 2013

Adik baby nyna along sayang


baby adik along #lot of RINDU
tak saba rasanya along nk balik "rumahku syurgaku",, nak jumpa adik nyna and nak bawa adik jalan-jalan ronda key ell.. yeey..!! hehe.. adik.. tunggu along balik ye.. hehe.. rindunyer kat die..

adik,, adik.. along sayang adik.. ketat-ketat tau.. bak kata adik.. "baby sayang along banyak ni!!" (sebesar depa tangan die haha.. dr kecil sampai la dah besar ni pon masih benda sama yang di ulang).. sayang adik kat along xpernah berubah.. :) justeru itulah yang membuatkan along bertambah hari bertambah sayang kat adik along ni.. adik, adik.. 

#ADIK  maafkan along yee.. sbb selalu marah xtentu pasal.. along tak sengaja.. mungkin  sbb along dah biasa treate semua adik2 along macam ni kut.. along selalu marah2, ngamok2.. along ni betol2 teruk.. maafkan along ye adik.. mm.. x tahu la dik.. semenjak adik dah besar ni,, adik dah makin nakal.. adik xmacam dulu lagi.. along jadi tambah geram dengan adik.. "baby seekarang dah degil,, x dengar ckp along dah!!".. bby behave yourself please..

dan walaumacammanapun,, air dicincang tidak akan putus.. dan begitu juga kita adik beradik.. lagikan lidah lagi tergigit,, inikan pula kita adik beradik.. kn kn.. :)
*walaupun nmpak mcm k.long xendah2kan adik2 yg lain tp syg along kat adik2 k.long yg lain sama je.. xde yg lebih xde yang kurang.. nadia, mimi, ika, alif, putri, bby nyna you are my adik sampai terputusnya nyawa dikandung badan.. terlerailah segala ikatan.. dan ketika itu pergi tak kan kembali.. sehingga kita berjumpa lagi di akhirat sana :)

kegelapan MALAM

Dalam kegelapan malam, terdapat sinar yang cukup terang.. 
walaupun mata telah ditutupi oleh selimut yang tebal tapi cahaya itu tidak sedikit pun pudar.. bahkan ia sangat memedihkan (mentol kuasa wad brapa tak tahu la.. adoi..!!),, 

sunyi terasa tatkala malam tiba dan  semuanya sedang lena dibuai mimpi indah.. 
dengan hanya ditemani sebiji lampu gajet yang comel..... 
tatkala ini juga, angin malam sepoi-sepoi melanggar pipiku tanpa segan silu,,
 tidak menahan kesejukan malam ini.. 

ku berfikir sejenak 
(merenung masa hadapan yang nun jauh disana entah bila dapat ku capai).. 

dan dari itu,, barulah aku sedar erti hadirmu (sang matahari).. hilangmu tiada pengganti.. sungguh.. aku rindu waktu itu.. yang sekarang hanya tinggal kenangan yang bila-bila sahaja boleh luput dari ingatan.. saat itu, jam itu, hari itu.. ia sangat membahagiakan..

terima kasih sang matahari..
 kerana sudi menyinar ketika aku memerlukanmu 
(sungguh tak percaya,, semua baju2 basahku kering..
 oleh kerana cahayamu yang panas terik itu)

SELAMAT  MALAM AWAK

Dengarkanlah lagu ini.. 
oh bulan,,
#sampaikanlah
oh bintang,,
 #kirimkanlah
yang hilang pastikan bersatu..
oh sayang didalam mimpiku..

oh bulan,,
#sampaikanlah
oh bintang,,
#sampaikanlah
yang hilang mungkinkah bersatu,,
oh sayang dimana dirimu..
malam ini aku sendiri.. menanti dan terus menanti..
malam ini  aku sendiri lagi..
menanti dan terus menanti..
usah ditangis lagi,, usah dirindu lagi..
pasti kita bertemu nanti..
usah ditangis lagi, usah dirindu lagi,,
pasti kita bertemu pasti..

pejamkan matamu kasih..

#BISIKAN rindu, untuk awak M.N.D

HAPPY BIRTH DAY AWAK :)


LET SEE THIS!!
YOUR BIRTH DAY CELEBRATION..
HAPPY BIRTH DAY  HAPPY BIRTH DAY  HAPPY HAPPY
I WANT TO TELL YOU,, THAT..
you are my sayang.. always.. sayang awak rapat2.. :) mmuaah hehe..
may allah bless you..
#awak nampak lebih bercahaya ;)

Wednesday 4 September 2013

Taman kelip-kelip


last week - taman kelip-kelip

tengok kelip-kelip waktu malam memang cantik.. rupa-rupanya punggung die yang bercahaya.. hish kalau lah boleh record suasana malam tu kan syok.. tapi,, agaknya kalau ada dia mesti lagi syok kan.. mm..
first time tengok pokok berkelip-kelip, cantik sangat.. ha, nak tahu?? kelip-kelip tak hinggap kat sebarangan pokok tau.. kelip-kelip hanya hinggap pada pokok berembang sahaja.. itu sebab pokok berembang itu adalah makanan mereka.. ha..!! kalau nak tahu lebih lanjut pasal kelip-kelip kena juma dengan abg kelip-kelip.. nanti dia akan ceritta semuanya.. haha.. yang tak boleh bla kan.. kite naik bot free of charge.. haha.. terbaik toq.. haha.. inikali sajalah free.. lainkali bayar ler pulok yer "kata abg kelip2" haha.. 
Seharian berjalan,, memang penat.. haha.. apa-apa pun terima kasih sangat amalina sebab bawa emy and yana jalan-jalan.. ha, nak tahu?? kawan emy yang bernama BOSAN, MALAS, GAGAL emy dah campak dalam sungai kelip2 tu,, hish tu la mengacau orang hari2.. nak buat kerja pun susah tau.. haha.. alhamdulillah,, sekarang emy dah ada kawan baru,, nama dia RAJIN, USAHA, SEMOGA, BERJAYA.. hilang 3 dapat 4.. rasa seronok sangat.. tapi kan lagi best kalau dapat kongsi kawan2 baru ni dengan dia.. mm.. dia pun dah tak hirau kita lagi.. mm.. tapi takpelah.. harap2 dia tak lupakan kita.. :)
ha!! cite pasal kelip-kelip ni kan.. teringat pulak dekat ayam aku kat dapo.. usha jap la.. eeh.. bau apa ni.. haish.. wooooooooiiiiiiiiii... berasap da multicooker aku..!! argghhhhhhh..!! samapai sini je la story nyer.. okay.. daa.. assalammualaikum

Apa yang berlaku??


agak kehairanan.. entah kenapa tiba-tiba hati ni rasa gelisah.. tidak tahu mengapa.. 
hish mmg tak patut tau.. dia tak hiraukan kita langsung.. okay, takpelah.. kalau dia betul-betul dah tak nak kita rapat dengan dia.. mm nak buat macam mana..seriously..!! dan dia nampak betul-betul dah berubah.. mm xpe lah,, agaknya dia tak sayang kita lagi..  hati manusia sering saja berubah.. :)
  aduh.. im sorry,, but i miss you..